Walaupun pelbagai peringatan diuar-uarkan pasukan keselamatan termasuk tindakan saman supaya penunggang motosikal menggunakan laluan khas kenderaan itu di beberapa lebuh raya di Lembah Klang, namun ia dilihat umpama 'mencurah air ke daun keladi'.
Tinjauan Bernama di Lebuhraya Persekutuan mendapati walaupun kebanyakan penunggang motosikal patuh dan memanfaatkan laluan khas disediakan kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya, namun masih banyak yang sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menggunakan jalan utama.
Keadaan sama juga berlaku di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dengan penunggang motosikal dilihat selesa menggunakan jalan utama tanpa menghiraukan risiko tatkala bersaing dengan kenderaan berat.
Sudah masuk tahun baharu 2020, namun sikap penunggang motosikal yang masih degil itu tidak asing dalam kalangan pengguna lebuh raya malah menjadi rutin kepada golongan berkenaan yang bukan sahaja berani 'mencelah' di antara kereta tetapi juga lori.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Supt Azman Shari'at berkata pelbagai alasan sering diberikan oleh penunggang motosikal setiap kali penguatkuasaan dilakukan di lebuh raya terbabit.
"Ada penunggang sengaja tidak mahu menggunakan laluan khas motosikal dengan alasan seperti mahu cepat sampai, jalan motosikal melambatkan pergerakan dan permukaan jalan (motosikal) yang rosak.
"Penguatkuasaan memang ada dan mana-mana penunggang motosikal yang ditahan kerana menggunakan jalan utama, mereka akan disaman. Setakat ini, hanya saman saja boleh dikenakan terhadap golongan 'degil' itu," katanya kepada Bernama.
Azman berkata walaupun polis perlu menguatkuasakan undang-undang, namun pihaknya perlu mengambil kira keselamatan anggota apabila terpaksa 'mencelah' di antara kenderaan bergerak yang dilihat sangat berbahaya.
Berikutan kemalangan maut membabitkan motosikal lebih tinggi berbanding kenderaan lain, Azman menasihatkan pengguna jenis kenderaan itu supaya sentiasa mematuhi undang-undang, berhemah ketika di jalan raya dan sentiasa menggunakan laluan khas.
Justeru itu, katanya, mana-mana pihak digalakkan mengemukakan cadangan yang lebih berkesan supaya undang-undang sedia ada dapat dipinda untuk memastikan penunggang motosikal sentiasa menggunakan laluan khas kenderaan tersebut.
"Jika ada cadangan (daripada mana-mana pihak) yang boleh menangani masalah penunggang motosikal (tidak mematuhi peraturan untuk menggunakan laluan khas), kami bersedia untuk menelitinya kerana buat masa ini polis hanya menguatkuasakan undang-undang sedia ada (saman)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Kebanyakan penunggang motosikal patuh dan memanfaatkan laluan khas disediakan kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya, namun masih banyak yang sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menggunakan jalan utama.- BERNAMA/Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Empat negeri masih terkesan banjir | Pematuhan PKP di Melaka 95%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

Mayat jaket merah ditemui terapung
Mayat berkenaan ditemui terapung penduduk setempat dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

COVID-19: India mula kempen vaksinasi besar-besaran, sasar 300 juta penduduk
Kerajaan itu mensasarkan untuk memvaksinasi 300 juta orang, termasuk 30 juta doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang lain.

AWANI Ringkas: Sesi persekolahan bersemuka ditangguh | Kementerian Kesihatan arah teliti vaksin Pfizer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Anggota polis terbunuh dalam letupan di Afghanistan
Anggota yang cedera itu merupakan Timbalan Ketua Polis Bandar Kabul, Mawlana Bayan.

COVID-19: Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat kaji mutasi baharu - WHO
Peningkatan kapasiti penjujukan genom koronavirus perlu agar dapat memantau secara efektif perubahan dilalui virus.

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2.01 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kes kematian tertinggi dengan 393,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Ratusan ribu kes baharu di seluruh dunia dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Daniel Lau Khai Wen yang berpakaian t-shirt merah ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.

COVID-19: Pelawat ke Singapura perlu miliki insurans bermula 31 Jan
Insurans tersebut untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19.

Lelaki dikhuatiri lemas motosikal terbabas dalam longkang
Seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air selepas motosikal ditungganginya terbabas.

Ibu dan bayi perempuan maut, kereta dinaiki langgar pokok
Pemandu B. Guna yang juga suami Nagaranjini, dan anak lelaki mereka, G. Trishikan, 6, masing-masing patah kaki kiri dan mengalami luka-luka.

Kem terbakar, 2,000 pelarian Rohingya hilang tempat tinggal
Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera ketika mereka lari menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar jam 2 pagi waktu tempatan di Kem Nayapara.

Kereta terbabas ke dalam air banjir, warga emas maut
Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu memasuki kawasan banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, petang ini.

Jambatan roboh, ombak badai perkampungan atas air
Perkampungan atas air, Kampung Tinusa Dua, di Batu Tujuh Sandakan, dilanda ombak kuat, pada Isnin malam.

Remaja maut kemalangan, pemandu kereta cedera dipukul
Lelaki berusia 57 tahun berkenaan yang memandu Proton Saga dipercayai cuba membuat pusingan U.

Pesawat Sriwijaya Air disahkan terhempas - Menteri Perhubungan Indonesia
Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.

Henti sebar berita palsu banjir, ganggu frontliners jalan tugas - MCMC
Tegas Zulkarnain Mohd Yasin, ia bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada masyarakat, malah terhadap para petugas barisan hadapan.

COVID-19: Apa akan jadi jika kes aktif melebihi kapasiti maksimum hospital?
Setiap pesakit yang mengalami kecemasan mungkin tidak dapat diberikan rawatan dalam sistem hospital.

Bencana banjir 2021: Senarai korban nyawa setakat ini
Cuaca buruk yang menyebabkan kedatangan banjir bukan sahaja memusnahkan harta benda malah menjadi ancaman kepada nyawa.