awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim dalam kes Charlie Kirk dengar permohonan gugurkan pasukan pendakwaan
FAA arah syarikat penerbangan berhati-hati terbang di atas Mexico, Amerika Tengah dan Selatan
Bapa bawa anak lakukan kegiatan penyeludupan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terlanggar objek besi di jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2019
13:25 MYT
Penunggang motosikal maut terlanggar objek besi di jalan raya
Mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar objek besi di atas jalan raya berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor, di sini.
Nahas berlaku di kilometer 248.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 kira-kira jam 7.05 pagi Isnin.
Susulan kejadian itu, mangsa Mohammad Hanif Abu Bakar, 28 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketika kejadian, mangsa yang menungang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.
Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas melanggar objek berkenaan menyebabkan mangsa terseret beberapa meter bersama motosikalnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Honda EX5
#Hospital Kemaman
#jalan raya
#kecederaan parah
#Kuala Terengganu
#Lebuh Raya Pantai Timur
#maut
#Mohammad Hanif Abu Bakar
#motosikal
#objek besi
#Plaza Tol Jabor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan