awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah SUV

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2022
22:15 MYT
Penunggang motosikal maut terperosok bawah SUV
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan menyebabkan dirinya terperosok ke bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Elektron, Seksyen U16, Denai Alam di sini pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun didapati tersepit di bawah kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Norazam berkata mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat beberapa minit kemudian dan didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,"ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#bomba
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan