Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila terbabas dan terjatuh bersama motosikalnya ke dalam sebuah lubang kumbahan sedalam enam meter di Jalan Timur 12, Taman Keramat malam tadi.
Insiden pada jam 10.56 malam itu turut disaksikan orang awam.
Mereka yang berada di lokasi kejadian cuba menyelamatkan mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Zaidey Zainudin, 46 tahun, dan segera menghubungi pihak bomba.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Keramat bergegas ke lokasi kejadian.
Pihak bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dengan menggunakan tangga dan tali untuk menarik mangsa.
Sementara itu, seorang saksi, Mohd Syafiq Mohd Sobri, berkata lubang yang sedang dibina itu tidak ditutup dan juga tidak berlampu lalu membahayakan kenderaan yang melalui jalan tersebut.
"Sudah dua hari lubang ini tidak ditutup dan juga tiada apa-apa penghadang keselamatan. Di sini juga tiada lampu jalan ketika malam dan mangsa jatuh ketika hujan.
"Risau jika ada budak-budak yang lalu di sini sebab ini jalan utama. Rumah saya di depan jalan sahaja, takut juga," katanya ketika ditemui.
Susulan kejadian, Muhammad Zaidey dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Astro Awani
Mon Jun 25 2018
Lubang kumbahan sedalam enam meter yang sedang dibina di Jalan Timur 12, Taman Keramat. - Astro AWANI
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
PRN: Kemenangan Azmin di Hulu Kelang tidak signifikan - Amirudin
Kata Amirudin, majoriti 1,000 yang menyebelahi Mohamed Azmin berikutan beberapa faktor termasuk kadar keluar mengundi yang tidak memberangsangkan.
Bangkai helikopter dihantar ke Lapangan Terbang Subang untuk siasatan - Polis
Bangkai helikopter yang terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang telah dileraikan sebelum dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Penunggang parah jatuh lubang kumbahan
Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila terbabas dan terjatuh bersama motosikalnya ke dalam sebuah lubang kumbahan sedalam enam meter malam tadi.