awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut UM wakil tunggal Malaysia ke program Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah

Bernama
Bernama
02/07/2023
06:55 MYT
Penuntut UM wakil tunggal Malaysia ke program Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah
Tee, 22, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) akan berada di Geneva selama lapan hingga 13 minggu. - Gambar/ ASM
KUALA LUMPUR: Penuntut Universiti Malaysia (UM) Vincent Tee Ming Han merupakan wakil tunggal negara ke Program Pelajar Musim Panas Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN) atau CERN Summer Student Programme (CSSP) di Geneva, Switzerland bermula esok.
Akademi Sains Malaysia (ASM) menerusi kenyataan memaklumkan Tee, 22, penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) akan berada di Geneva selama lapan hingga 13 minggu, sekali gus berpeluang bertemu saintis muda dari seluruh dunia untuk berkongsi pengetahuan dalam bidang fizik zarah dan pengkomputeran secara teori serta eksperimen.
Tee berkata penyertaannya dalam program itu merupakan batu loncatan ke arah aspirasi untuk menjadi seorang ahli fizik zarah dan menyumbang kepada kemajuan bidang berkenaan di Malaysia.
"Saya amat berterima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta ASM yang membuka laluan kepada mahasiswa di Malaysia untuk menyertai program seperti CSSP," menurut kenyataan itu di sini, hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dalam kenyataan sama berkata penglibatan pelajar seperti Tee dalam program itu membuka potensi mereka menjadi seorang penyelidik yang cemerlang dan dapat membantu menaik taraf kehidupan masyarakat.
"Peluang siswa menyertai program seperti CSSP ini adalah satu pengalaman amat berharga, khususnya melalui pendedahan kepada persekitaran penyelidikan yang dinamik kerana mereka dapat berkongsi pengetahuan, idea serta terlibat dalam eksperimen dan projek yang mencabar," katanya.
Sementara itu, Presiden ASM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim berkata pembabitan mahasiswa dalam CSSP bakal memupuk kecemerlangan penyelidik muda untuk menghasilkan penyelidikan bertaraf antarabangsa selain membina jaringan kerjasama yang lebih luas.
ASM membuka pencalonan bagi program itu setiap tahun kepada semua mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam serta swasta sejak 2012 dan setakat ini 23 orang telah dihantar menyertai CSSP.
ASM bertanggungjawab melakukan saringan awal pemilihan calon untuk Malaysia manakala saringan akhir diputuskan oleh ahli jawatankuasa CSSP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar UM
#Vincent Tee Ming Han
#program nuklear
#wakil negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan