awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun

Bernama
Bernama
05/12/2024
07:45 MYT
Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Huang Xiaonan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.
Huang Xiaonan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit yang merupakan pelajar universiti di Singapura didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang juga warga China, dengan niat supaya orang itu dikurung secara rahsia.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel bajet di Jalan Station di sini pada 4.08 petang, 24 Nov lepas.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan diberikan kerana perbuatan dilakukan tertuduh merupakan kesalahan serius selain dia merupakan warga China yang berpotensi untuk melarikan diri.
Peguam Goh Poh Gek memohon mahkamah membenarkan jaminan diberikan kerana Huang memberi kerjasama sepanjang ditahan selain memaklumkan pelajar itu tidak mempunyai sebab untuk melarikan diri kerana mempunyai saudara-mara yang menetap di Taman Ungku Tun Aminah Skudai, yang akan menjadi penjamin.
Salini kemudian memutuskan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh serta menetapkan 27 Jan tahun depan untuk serahan dokumen.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar dilaporkan berkata polis berjaya menyelamatkan remaja perempuan terbabit di Kuantan, Pahang pada 26 Nov selepas laporan dibuat bapa remaja itu yang juga warga China setelah anaknya tidak hadir ke sekolah di Singapura pada 25 Nov.
Beliau berkata semakan mendapati, remaja perempuan itu yang dilarikan individu tidak dikenali, masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodland, Singapura pada 24 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#Remaja perempuan
#warga china
#hotel bajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan