awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutup botol plastik, serbuk getah daripada tayar terpakai jadi bahan bina jalan raya

Bernama
Bernama
17/07/2023
14:12 MYT
Penutup botol plastik, serbuk getah daripada tayar terpakai jadi bahan bina jalan raya
Hazland berkata, penggunaan penutup botol plastik menjadi pilihan dalam pembinaan jalan raya itu kerana ia diperbuat daripada bahan bukan toksik. - Instagram - Dr Hazland Abg Hipni
KOTA SAMARAHAN: Sarawak merancang untuk membina jalan raya dengan teknologi baharu yang memanfaatkan penggunaan penutup botol plastik terpakai dan serbuk (crumbs) getah, bagi memberikan hasil yang lebih tahan lama, lebih berkualiti, mampan dan mesra alam.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri Sarawak, Hazland Abang Hipni berkata sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuching telah mengambil tanggungjawab untuk menampilkan teknologi bagi menukar tayar-tayar terpakai kepada bentuk serbuk getah yang boleh digunakan sebagai bahan untuk membina jalan raya.
"Kita akan gunakan teknologi serbuk getah plastik ini buat kali pertama bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan Bintulu-Miri. Kita akan bekerjasama dengan Petronas (kerana) mereka mempunyai teknologi ini yang menggunakan penutup botol plastik," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.
Dr Hazland berkata penggunaan penutup botol plastik menjadi pilihan dalam pembinaan jalan raya itu kerana ia diperbuat daripada bahan bukan toksik.
"Jadi kita perlukan beberapa juta tan penutup (botol) pada masa hadapan untuk membina jalan ini," katanya.
Sementara itu, UNIMAS hari ini menandatangani MoU dengan Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam penyelidikan mengenai abu terbang (fly-ash), serbuk halus yang terbentuk daripada bahan mineral dalam arang batu, sebagai bahan pengganti untuk pengeluaran konkrit dalam industri pembinaan.
Memorandum itu ditandatangani oleh Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Prof Dr Siti Noor Linda Taib, Pengarah Urusan Hornbill Networks Consortium Sdn Bhd Hanizam Hashim dan Penasihat Datuk Kadier Sahib.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penutup botol plastik
#teknologi
#Sarawak
#bahan bina jalan raya
#serbuk getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan