Penutupan beberapa lebuh raya utama oleh MMC-GAMUDA dilanjutkan untuk tempoh 81 hari bagi tujuan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya.
MMC-GAMUDA dalam satu kenyataan, memaklumkan penutupan dari 27 Jun hingga 15 September itu melibatkan beberapa kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (arah utara), Lebuhraya Bukit Jalil, Sungai Besi, Pekan Sungai Besi dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Susur keluar atau masuk di Lebuhraya KL-Seremban ditutup secara berkala sepanjang 300 meter, oleh itu pengguna dari Bulatan Lumba Kuda menuju ke arah Lebuhraya KL-Seremban boleh menggunakan susur keluar ke Bukit Jalil.
"Penutupan sepanjang Lebuhraya Bukit Jalil dan pengaktifan laluan kontra ke arah Bulatan Lumba Kuda dilanjutkan ke tempoh tersebut. Semasa penutupan 300 meter di lorong kanan itu, satu lorong kiri akan disediakan kepada pengguna di kedua-dua arah.
"Semasa penutupan dua lorong kiri (arah Bukit Jalil) dan satu lorong kiri (arah Bulatan Lumba Kuda), laluan kontra akan disediakan kepada pengguna yang ingin ke Bukit Jalil dari Bulatan Lumba Kuda," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, di hadapan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi, pengguna dari Lebuhraya BESRAYA menuju ke Pekan Sungai Besi dan MRR2 akan melalui lencongan jalan sepanjang 100 meter, ke laluan bawah stesen MRT.
Di Pekan Sungai Besi, penutupan penuh jalan secara berkala melibatkan Jalan Suasa 2 dan 3, menyaksikan pemandu dari MRR2 dilencongkan ke laluan kontra di Jalan Pekan Sungai Besi menggunakan Jalan Suasa.
"Satu lorong akan disediakan kepada pengguna dari Lebuhraya BESRAYA menuju ke MRR2. Satu simpang ke kanan akan disediakan untuk menggunakan laluan kontra di Jalan Suasa bagi menghala ke Jalan Suasa 3, dan pengguna boleh menggunakan lorong sedia ada untuk menghala ke MRR2," menurut kenyataan tersebut.
Penutupan jalan secara berkala sepanjang 400 meter pula dilaksanakan di kedua-dua arah di MRR2. Dua lorong kiri di kedua-dua arah Shah Alam dan Cheras akan ditutup manakala satu lorong kanan akan disediakan kepada pengguna.
Dalam pada itu, penutupan penuh bagi simpang masuk dan keluar ke 8trium dan Decathlon melalui Jalan Cempaka di Bandar Sri Damansara dilanjutkan dari 27 hingga 28 Jun bagi tujuan kerja-kerja mengangkat jambatan utiliti dan sebarang kerja berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
Penutupan beberapa lebuh raya utama oleh MMC-GAMUDA dilanjutkan untuk tempoh 81 hari bagi tujuan pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.