awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya

Bernama
Bernama
15/10/2024
10:45 MYT
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Rapid KL sebelum ini memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan berpunca daripada aliran air hujan luar biasa di kawasan sekitar yang telah memasuki landasan, pagi Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini setelah kerja-kerja baik pulih selesai dijalankan, menurut Rapid Rail Sdn Bhd.
Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL itu dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan terdapat gangguan perkhidmatan berpunca daripada aliran air hujan luar biasa di kawasan sekitar yang telah memasuki landasan, sehingga menyebabkan kerosakan beberapa komponen trek, pada pukul 10.20 pagi.
Menurut kenyataan itu kejadian itu memaksa pihak operasi menghentikan bekalan kuasa di kawasan terlibat, bagi membolehkan pemeriksaan serta kerja baik pulih dilakukan.
"Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja baik pulih sementara komponen landasan. Ujian terhadap sistem dan komponen landasan turut dijalankan bagi memastikan perkhidmatan dapat disambung dengan selamat mengikut piawaian keselamatan.
"Bagaimanapun, pasukan kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren," menurut kenyataan itu.
Rapid Rail mengucapkan terima kasih kepada para penumpang atas kesabaran mereka sepanjang gangguan perkhidmatan ini.
Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira pukul 9 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir Kuala Lumpur
#LRT
#laluan Kelana Jaya
#status perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan