GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang telah memilih jajaran terbaik yang dicadangkan oleh syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) untuk Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
"Kita telah memilih jajaran yang hampir dengan jajaran asal, namun masih ada sedikit perbezaan.
"Jajaran asal untuk laluan LRT ini tidak termasuk sambungan ke Penang Sentral di Butterworth," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini pada Isnin.
Tambah Kon Yeow, jajaran yang dipilih oleh kerajaan negeri adalah yang bermula dari Pulau Silikon yang menghubungkan Penang Sentral ke kawasan Macallum di George Town di kawasan pulau.
“Jajaran yang dicadangkan oleh MRT Corp adalah jajaran terbaik untuk kesalinghubungan masa depan dengan laluan lain.
"Mereka (MRT Corp) telah menggugurkan jajaran-jajaran lain yang dicadangkan selepas kerajaan negeri memilih jajaran ini," katanya.
Mengenai perkembangan projek tersebut, Kon Yeow berkata, semua keputusan kritikal mengenai projek tersebut telah dibuat.
“Kami kini berada di peringkat tender terbuka untuk projek tersebut. Kerja-kerja akan dimulakan sebaik sahaja tender dimuktamadkan," tambah Kon Yeow lagi.
Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan akan membiayai pembangunan Projek LRT di Pulau Pinang.
Jajaran LRT, yang pada asalnya dari Bayan Lepas ke Komtar, kini akan bermula dari Bayan Lepas ke Komtar, Tanjung Bungah dan Air Itam.
Selain itu, ia juga mempunyai laluan ke Butterworth, Kepala Batas dan Simpang Ampat.
Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan secara rasmi telah mengambil alih Projek LRT Pulau Pinang selepas Kabinet meluluskan pembangunan projek tersebut pada 22 Mac lalu.
Susulan daripada itu, SRS Consortium Sdn Bhd akan membina segmen pertama projek tersebut yang dijangka bermula pada September ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 24 2024
Chow Kon Yeow (foto) berkata kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan. -Gambar fail/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.