Semua pihak harus mengawal diri sendiri dan tidak terlampau terdedah selain mudah percaya dengan pelbagai fakta serta maklumat tidak sahih di dalam media sosial.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun diakui penggunaan media sosial sebagai medium penyampaian maklumat pantas, ia harus dibatasi dengan kewarasan akal fikiran semasa menerima input daripadanya.
"Kita akui penggunaan Facebook di kalangan rakyat negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia.
"Mudah percaya kepada semua berita di Facebook juga boleh mengancam keharmonian negara, kita harus sedar banyak pihak tidak bertanggungjawab menggunakan medium itu untuk menyebarkan propaganda jahat dan bermotif kepentingan peribadi," katanya kepada Astro AWANI di sini, Rabu.
Mas Ermieyati mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyatakan kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.
Kata Ahmad Shabery, kementeriannya juga akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
Bagaimanapun kenyataan menteri itu dilaporkan pada tahun lepas.
Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, Ahmad Shabery harus membentangkan hasil kajiannya yang terkini kepada umum mengenai penutupan Facebook.
"Kita akui ada beberapa negara yang tidak membenarkan Facebook namun di negara kita, kesannya harus dikaji agar adil dan memberi keputusan menang-menang kepada semua.
"Saya sendiri akui perlunya kemodenan teknologi serta telekomunikasi termasuk media sosial ini.
"Apa yang penting, semua bijak menggunakannya dan tidak menjadikan alat untuk membangkitkan krisis terutama melibatkan perkauman," ujarnya.
Dengan mengambil contoh amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendedahkan ada pihak mengugut mahu mengadakan demonstrasi besar sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan berundur di laman Twitter, Mas Ermieyati berkata, ia bukti jelas penyalahgunaan media sosial.
"Kenapa guna media sosial untuk berhimpun dan menimbulkan huru-hara? Risikonya besar kepada masyarakat lain.
"Ada juga kes sebelum ini yang menggunakan media sosial untuk menghina Agong serta pemimpin negara," jelasnya.
Mas Ermieyati turut memaklumkan, Puteri UMNO juga sedang membangunkan aplikasi interaktif yang memberi infomasi terkini aktiviti sayap parti itu.
"Kita sedang membangunkan aplikasi ini dan menjadi platform ahli-ahli Puteri UMNO berinteraksi, ia usaha yang merapatkan ahli selain hebahan aktiviti dengan cara pantas," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 09 2015
MAS ERMIEYATI: Ahmad Shabery harus membentangkan hasil kajiannya yang terkini kepada umum mengenai penutupan Facebook.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.