Dua lokasi laluan di Jalan Kepong menuju Jinjang akan ditutup untuk tempoh panjang bagi kerja pemindahan utiliti bagi projek Mass Rapid Transit bermula Rabu.

Menurut kenyataan MMC-Gamuda pada Isnin, penutupan harian dari pukul 11 malam hingga 5 pagi itu membabitkan laluan paling kiri di persimpangan Metro Perdana Barat sepanjang 250 meter sehingga 15 Disember.

Satu lagi lokasi membabitkan laluan paling kiri di persimpangan Jalan Metro Perdana, juga sepanjang 250 meter sehingga 31 Disember.

"Penutupan dilaksanakan secara berselang dan pada satu-satu masa, dua lorong disediakan bagi pengguna jalan raya di kedua-dua arah," tambah kenyataan itu lagi. -- Bernama