awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah

Bernama
Bernama
14/12/2024
12:15 MYT
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan kit sumbangan banjir kepada 14 anggota JBPM dan tujuh anggota SWCorp negeri yang turut terjejas dalam kejadian banjir. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu akibat peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
"Dalam keadaan tidak menentu ini, ikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana mereka mempunyai maklumat yang jelas dan lengkap … keadaan pasang surut sungai, laut semua mereka tahu.
"Jadi, tolong dengar supaya usaha penyelamatan dapat dilakukan sebaik mungkin, dengan tertib dan terancang. Jangan tangguh lama-lama, utamakan keselamatan dahulu berbanding perkara lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, di sini hari ini.
Aiman Athirah berkata beliau turut diberi taklimat oleh JBPM dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengenai kejadian banjir lepas dan persiapan yang akan dilakukan pada masa akan datang dalam usaha untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan luruan monsun dijangka bermula 16 hingga 20 Dis ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di utara dan timur Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
Sehubungan dengan itu, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan utara dan timur Semenanjung berkuat kuasa 16 hingga 19 Dis.
Terdahulu pada majlis berkenaan, Aiman Athirah turut menyampaikan kit sumbangan banjir kepada 14 anggota JBPM dan tujuh anggota SWCorp negeri yang turut terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini menerusi program Santuni Kasih Skuad Ihsan MADANI dan menyantuni Wira Merah.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#MTL
#cuaca tidak menentu
#berpindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan