awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2024
07:31 MYT
Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Dua daripada tiga suspek direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Muar pada Sabtu. -Sinar Harian
MUAR: Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar, Selasa lalu yang tular di media sosial direman tujuh hari bermula pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh, Muar, telah direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Ketiga-tiga suspek ditahan di Sungkai, Perak.
  • Insiden berlaku pada 17 Disember 2024, melibatkan dua lelaki bertopeng yang melakukan pecah rumah dan samun bersenjata. Rakaman CCTV menunjukkan kejadian berlaku pada jam 5.21 petang.
  • Polis menemui kereta Perodua Myvi yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian samun tersebut, ditinggalkan di dalam garaj sebuah rumah di Jasin, Melaka.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suzana Mokhtar di Mahkamah Majistret Muar terhadap kesemua suspek yang berusia 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, ketiga-tiga suspek ditahan di Sungkai, Perak.
Sebelum itu, pada Khamis lalu tular beberapa video di Facebook kejadian dua lelaki bertopeng melakukan pecah rumah dan samun bersenjata dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Sri Treh, di sini.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa dan tarikh kejadian berlaku pada jam 5.21 petang, 17 Disember lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, susulan itu, polis menemui kereta Perodua Myvi ditinggalkan di dalam garaj sebuah rumah di Jasin, Melaka kira-kira jam 11.30 pagi Rabu lalu dipercayai digunakan suspek dalam kejadian samun berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#CCTV
#Muar
#Taman Sri Treh
#samun bersenjata parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan