awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan

Bernama
Bernama
09/12/2021
21:14 MYT
Penyamun wanita sasar warga emas ditahan Polis Kelantan
Suspek itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Selepas beberapa bulan dipercayai melakukan samun ke atas warga emas, kegiatan seorang wanita berusia 27 tahun itu akhirnya tumpas apabila ditahan polis dalam Op Cantas pada 4 Dis lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata wanita terbabit ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenerak dekat Tawang, Bachok dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Berdasarkan laporan, modus operandi suspek adalah menunggang motosikal sambil membawa seorang kanak-kanak berusia sekitar tiga tahun bersamanya dan menyasarkan mangsa daripada golongan warga emas yang tinggal berseorangan di rumah.
"Suspek kebiasaannya akan berpura-pura meminta bantuan wang sebanyak RM50 daripada kesemua mangsa dengan alasan bagi membeli susu anaknya, sebelum bertindak meragut rantai atau cincin mangsa sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Shafien berkata polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Ego S berwarna putih, satu rangkai anak kunci motosikal dan topi keledar putih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Op Cantas
#penyamun wanita
#Shafien Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan