GEORGE TOWN: Semua penyandang kerusi dimenangi Pakatan Harapan ( PH) di Pulau Pinang mahu kekal bertanding di kerusi sedia ada pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) nanti.
Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam telah memutuskan beberapa perkara termasuk kedudukan penyandang kerusi bagi mempertahankan kerusi dimenangi mereka.
Bagaimanapun Kon Yeow berkata sekiranya ada penyandang memutuskan untuk melepaskan kerusi mereka, maka kerusi itu boleh diberikan kepada mana-mana parti yang mahu mengambil alih kerusi berkenaan.
"Tidak ada orang mahu lepas kerusi, kita memang ada menyebut kalau bagi incumbent yang tidak mahu maka kita boleh lihat parti mana yang boleh menawarkan diri untuk ambil alih kerusi sedemikian.
"Mungkin juga ia membabitkan swaping of seat kalau di sini mungkin mahu melepaskan kerusi incumbent di sini untuk mendapat kerusi di luar negeri, itu pun boleh dirunding," katanya.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, meskipun PH sudah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi, namun perkara itu masih perlu dirunding dengan UMNO dan Barisan Nasional ( BN) terlebih dahulu.
"Kita ada satu kedudukan tetapi kita perlu dengar apa yang akan dikemukakan oleh UMNO, BN, kita mahu melihat apakah ia sama ada inline dengan apa yang kita putuskan, kalau inline dengan apa yang kita putuskan maka ia lebih senang ia dapat dimuktamadkan," katanya lagi.
Tambah Kon Yeow, secara prinsipnya PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam menghadapi PRN di enam negeri kelak.
Jelasnya sebarang isu termasuk berkaitan pengagihan kerusi perlu diselesaikan di peringkat negeri dan pimpinan Pusat akan menyokong apa yang diputuskan di peringkat negeri.
Namun sekiranya ada perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka ia akan diselesaikan di peringkat pimpinan Pusat.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai hasil mesyuarat PH berhubung pembahagian kerusi bagi PRN akan datang.
Terdahulu Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang hadir merasmikan pembukaan sambutan Hari Wesak 2023 Pulau Pinang di Persatuan Buddha Malaysia di George Town pada Ahad.
Pada PRU15, enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PRU-14, PH memenangi 37 kerusi, termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.
BN pula hanya menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala Pas mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Apr 30 2023
Kon Yeow berkata sekiranya ada penyandang memutuskan untuk melepaskan kerusi mereka, maka kerusi itu boleh diberikan kepada mana-mana parti yang mahu mengambil alih kerusi berkenaan. - Fail/BERNAMA
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.