Skip to main content

Malaysia

Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah

81630743092_LogoPDRM.jpg
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

"Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu," katanya hari ini.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video