Syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak mempunyai kuasa untuk memasang sistem kamera berkenaan di mana-mana kawasan sewenang-wenangnya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata sebaliknya pemasangan sistem itu tertakluk kepada pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta berdasarkan data kemalangan dan cadangan pihak polis.
"Kita mempunyai kawasan tertentu yang telah dipastikan atau dicadangkan oleh polis berdasarkan data kemalangan yang pernah berlaku. Kawasan itu pula akan dikaji oleh MIROS, selepas itu barulah kita akan pastikan mana-mana tempat yang patut ada sistem itu," katanya kepada pemberita selepas menutup program 1Komuniti 1Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Merdeka Manjung Ahad.
Katanya sejak sistem AES dipasang di 14 lokasi mulai September lepas, ada kawasan yang merekodkan penurunan dramatik antara 60 dan 70 peratus jumlah pesalah memandu melebihi had laju dan melanggar arahan lampu isyarat.
Kong berkata jumlah kemalangan di negara ini masih tinggi berbanding negara Asia Tenggara yang lain disebabkan dua faktor iaitu jumlah penduduk yang tinggi dan jumlah kenderaan yang tinggi iaitu setakat ini sebanyak 23 juta kenderaan berdaftar dengan JPJ.
Bernama
Sun Dec 02 2012
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.
Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.
ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.
Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.
Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA
Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.