KUALA LUMPUR: Penyelarasan tarif elektrik kepada pengguna domestik golongan berpendapatan tinggi (T20) akan diumum dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata ini kerana kerajaan perlu melihat pelbagai faktor antaranya trend harga pasaran arang batu dan gas yang kini didapati sudah stabil berbanding beberapa tahun lepas, sebelum menyelaraskannya.
"Sebelum ini kita sudah lama kekang harga itu (bahan api arang dan gas) pada harga yang sangat rendah...itu sebab peningkatan tarif agak drastik. Jadi itu satu faktor yang kena diambil kira.
"Oleh itu, menjawab soalan tentang bila kita nak buat (penyelarasan), insya-Allah dalam masa terdekat kita umumkan, bagi masa.
"Saya pun belum bincang dengan Kabinet," katanya berkata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Hidrogen Hijau ASEAN (ASEANGH2) 2023, di sini hari ini.
Beliau berkata penyelarasan akan dibuat berdasarkan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh enam bulan, bermula Julai hingga Disember ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan T20 tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji.
Sementara itu, mengenai kos keseluruhan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang berjumlah RM10.9 bilion, Nik Nazmi berkata kerajaan berjaya menjimatkan lebih RM4 bilion berbanding RM15 bilion yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.
Beliau berkata penjimatan itu berjaya dicapai susulan kaedah perolehan yang lebih baik dilaksanakan kerajaan menerusi tender terbuka.
"Proses terbaharu ini (dan) cara baharu, dipercepatkan macam prakelayakan. Kalau nak buat sama ada reka bentuk binaan atau tender terbuka konvensional, ia akan makan masa yang sangat lama. Lagipun, pihak pembangkang juga bertanya bila nak mula projek RTB dan kita pun tahu projek ini sangat penting untuk rakyat, jadi kita nak percepatkan," katanya.
Terdahulu, mengenai ASEANGH2, Nik Nazmi percaya negara ASEAN berpotensi menjadi hab hidrogen hijau terkemuka kerana mempunyai banyak sumber tenaga boleh diperbaharui dan lokasi strategik.
Beliau berkata menurut Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), ASEAN berpotensi menjana lebih daripada 800 gigawatt (GW) tenaga solar, 300GW tenaga angin dan 200GW kuasa hidro.
Nik Nazmi berkata sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak di rantau ini memberikan kelebihan daya saing untuk menghasilkan hidrogen hijau, yang memerlukan sejumlah besar tenaga elektrik boleh diperbaharui.
"Kita juga bertuah berada dalam kedudukan strategik untuk mengeksport hidrogen hijau ke negara lain, di mana ASEAN mempunyai akses kepada laluan perkapalan utama, yang boleh digunakan untuk mengangkut hidrogen hijau ke pasaran di Asia, Eropah dan rantau lain di samping berada berdekatan dengan pusat permintaan utama hidrogen hijau, seperti Jepun, Korea Selatan dan China.
"Ia akan menjadi satu pembaziran yang besar jika kita, sebagai ASEAN, gagal mengambil peluang ini untuk bekerjasama dan menerajui menjadi hab hidrogen hijau utama di pasaran global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Nik Nazmi berkata ini kerana kerajaan perlu melihat pelbagai faktor antaranya trend harga pasaran arang batu dan gas yang kini didapati sudah stabil berbanding beberapa tahun lepas, sebelum menyelaraskannya. -Gambar fail/Bernama
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Op Gempur Raya: 39 kompaun dikeluarkan terhadap kilang seluruh negara
Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Undang-undang atasi pencemaran plastik dikaji semula - Nik Nazmi
Katanya, undang-undang sedia ada bersifat 'fragmented' iaitu pelaksanaannya bergantung kepada PBT mengikut kesesuaian lokaliti dan konteks.
Penggunaan teknologi, inovasi perlu diperkukuh untuk kekalkan khazanah hutan negara - Nik Nazmi
Beliau berkata kerajaan terus komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan.
Operasi pembenihan awan perlu waktu sesuai berikutan kos tinggi - Nik Nazmi
MetMalaysia akan memberi panduan waktu yang sesuai untuk melaksanakan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) berikutan cuaca panas di negara ini.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
NRES terus kerjasama dengan kerajaan negeri bendung aktiviti perlombongan haram
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam membendung aktiviti perlombongan haram.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
NRES, tiga kementerian bincang pembangunan kerangka REE dua minggu lagi
Kementerian Alam Sekitar dan Kelestarian Alam akan mengadakan pertemuan dengan tiga kementerian dua minggu lagi bagi membincangkan mengenai pembangunan kerangka model perniagaan REE.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
NRECC komited perangi perlombongan haram NR-REE
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim cakna tentang aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dan tindakan tegas sudah pun diambil.