awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia pengawal keselamatan parah ditembak jarak dekat

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2024
07:28 MYT
Penyelia pengawal keselamatan parah ditembak jarak dekat
Lokasi penyelia pengawal keselamatan parah ditembak di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Seorang penyelia pengawal keselamatan parah ditembak dalam kejadian di Jalan Mokhtar, Kapar, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, Balai Polis Kapar dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Kapar pada jam 4.54 petang.
"Siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun itu telah ditembak di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.
"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi mendapati mangsa ditembak oleh suspek yang menaiki kereta warna hitam dari jarak
Susulan itu, menurutnya, bertindak hasil maklumat, bermula jam 10 malam hingga 1 pagi (Khamis), lima lelaki berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun telah diberkas di sekitar Kapar untuk membantu siasatan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penyelia pengawal keselamatan
#Jalan Mokhtar
#parah ditembak
#Balai Polis Kapar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan