awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelia terowong maut motosikal terperosok bawah lori

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2025
10:18 MYT
Penyelia terowong maut motosikal terperosok bawah lori
Seorang penyelia terowong maut selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 242.9 Lebuhraya PLUS pada Sabtu. - Foto PDRM
REMBAU: Seorang penyelia terowong maut selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 242.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Seorang penyelia terowong, Abdul Hayyu Abdul Kadir, 31, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terperosok di bawah sebuah lori di Lebuhraya PLUS arah utara.
  • Mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang lori akibat mengekori terlalu rapat, menyebabkan tercampak dan mengalami kecederaan parah.
  • Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa, Abdul Hayyu Abdul Kadir, 31, yang beralamat di Selangor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tercampak dari motosikalnya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori ketika berada di lorong kiri.
“Kejadian itu disedari pemandu lori yang dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh ke Senawang selepas terdengar bunyi dentuman dari bahagian belakang sebelah kiri.
“Selepas diperiksa, didapati sebuah motosikal telah melanggar bahagian belakang lori tersebut, dipercayai akibat mengekori terlalu rapat,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penyelia terowong maut
#motosikal terperosok bawah lori
#Lebuh Raya PLUS
#Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan