MELAKA: Sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang.
Ketua Penyelidiknya yang juga Pensyarah Kanan FTKMP Dr Ridhwan Jumaidin berkata bekas plastik berbentuk dulang itu boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam dan mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar.
Beliau berkata pembangunan produk inovasi itu mengambil masa lebih kurang setahun menerusi dana geran penyelidikan jangka pendek dan ia dijangka menjadi bahan utama dalam penghasilan produk sekali guna yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
"Produk plastik ini bebas daripada toksik dan bahan kimia berbahaya jika dibandingkan dengan plastik biasa yang sering digunakan pada masa ini kerana bahan asas penghasilannya adalah petroleum sekali gus menghasilkan toksik apabila dilupuskan melalui pembakaran.
"Plastik sintetik daripada petroleum ini tidak boleh lupus jika dibuang ke tanah, sungai atau laut manakala plastik berasaskan ubi kayu dan daun pisang boleh lupus hanya dalam tempoh lapan minggu sahaja sekiranya ditanam dalam tanah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ridhwan berkata produk inovasi itu juga bersifat termoplastik iaitu boleh dikitar semula dan menghasilkan bentuk produk berbeza sekali gus dapat menjimatkan sumber yang digunakan dan memberi nilai tambah padanya.
Beliau berkata idea awal membangunkan produk inovasi berkenaan tercetus apabila menyedari realiti keadaan alam sekitar pada masa ini yang semakin tercemar akibat pembuangan sisa plastik yang tidak lupus terutama di sungai, laut dan tanah.
Katanya situasi tersebut membahayakan keseimbangan alam semula jadi, flora dan fauna seperti kes penemuan plastik di dalam perut penyu dan paus malah bahan itu menjadi punca utama kematian hidupan berkenaan.
Menurut Ridhwan cabaran utama menghasilkan produk inovasi itu ialah mendapatkan kestabilan dan kekuatan bahan dan daun pisang yang menjadi teras dan struktur peneguhnya.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM Prof Dr Massila Kamalrudin berkata sebagai universiti teknikal berprestij, UTeM menerusi kumpulan penyelidiknya terus kreatif membangunkan produk inovasi yang memberi impak kepada komuniti sejagat.
"Penyelidikan yang dijalankan sentiasa mengikuti arus semasa dan UTeM sentiasa bersama menerajui gelombang pemodenan teknologi yang berlaku di peringkat nasional dan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Cabaran utama menghasilkan produk inovasi itu ialah mendapatkan kestabilan dan kekuatan bahan dan daun pisang yang menjadi teras dan struktur peneguhnya. - Gambar hiasan
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Bilas, kitar semula bekas pembungkus makanan dari bazar Ramadan- SWM Environment
SWM Environment menyeru orang ramai untuk membilas dan mengitar semula bekas plastik yang menjadi bahan pembungkus makanan dan minuman di bazar Ramadan.
Penyelidik UTeM bangun produk bekas plastik berasaskan ubi kayu, daun pisang
Bekas plastik berbentuk dulang itu boleh digunakan untuk pembungkusan produk selain mesra alam.