awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup beras lari tinggalkan kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2022
05:06 MYT
Penyeludup beras lari tinggalkan kereta
Proton Iswara yang sarat dengan muatan beras seludup ditahan di Kampung Kuala Jambu, Tumpat pada Khamis. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Seorang lelaki melarikan diri dan meninggalkan keretanya yang sarat dengan muatan beras sebanyak 936 kilogram apabila kegiatannya berjaya dikesan anggota penguat kuasa pada Rabu.
Kereta jenis Proton Iswara tersebut ditahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di Kampung Kuala Jambu di sini selepas mengejar kenderaan tersebut sejurus melihat ia keluar dari pangkalan haram Kuala Tat.
Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin pada jam 8.30 malam, pihaknya terserempak dengan kereta berkenaan yang baru meninggalkan pangkalan haram Kuala Tat dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota bertugas cuba menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan. Sebaik menghampiri, pemandunya telah bertindak memecut laju," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, anggota PGA kemudian mengejar kereta berkenaan dan setibanya di tepi jalan Kampung Kuala Jambu, pemandunya bertindak meninggalkan kereta tersebut.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan pelbagai jenama beras," ujarnya.
Azhari berkata, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk tindakan lanjut.
"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dianggarkan berjumlah RM11,044," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#seludup beras
#Tumpat
#penyeludup lari tinggal kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan