KOTA BHARU: Seorang penyeludup bahan api sanggup mengadaikan nyawanya sendiri apabila membawa 24 tong plastik berisi 600 liter petrol hanya dengan disumbatkan ke bahagian penumpang belakang Perodua Kenari yang dipandunya.
Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata kejadian itu dikesan selepas sepasukan anggota PGA yang menjalankan rondaan berkereta telah mengesan sebuah kereta jenis Perodua Kenari dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata selepas diekori, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 28 tahun itu berjaya ditahan di bahu jalan berhampiran sebuah hotel di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, Pasir Mas, kira-kira 1.13 pagi tadi.
"Amat mengejutkan apabila hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta tersebut telah menjumpai 24 tong plastik mengandungi 600 liter minyak petrol disumbat padat ke dalam kereta.
"Tindakan seumpama ini amat berbahaya kerana sekiranya berlaku sebarang kemalangan boleh menyebabkan kenderaan yang dipandu bersama pemandunya terbakar dalam sekelip mata," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
PGA-PETROL 2 (AKHIR) KOTA BHARU
Azhari berkata lelaki bersama kenderaan itu dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Dianggarkan 600 liter petrol yang dibawa adalah bernilai RM1,230 manakala anggaran kenderaan adalah RM10,000. Kita percaya kesemua petrol itu diisi di beberapa stesen minyak sekitar sempadan sebelum dibawa ke tempat pengumpulan.
"Hasil siasatan awal, petrol tersebut disyaki untuk diseludup ke Thailand melalui lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Supt Azhari Nusi (gambar) berkata kejadian itu dikesan selepas sepasukan anggota PGA yang menjalankan rondaan berkereta telah mengesan sebuah kereta jenis Perodua Kenari dalam keadaan mencurigakan. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyeludup gadai nyawa bawa 600 liter petrol guna Perodua Kenari
Seorang penyeludup bahan api sanggup mengadaikan nyawanya sendiri apabila membawa 24 tong plastik berisi 600 liter petrol hanya dengan disumbatkan ke bahagian penumpang belakang Perodua Kenari.