awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup ketum guna bot mewah rempuh bot Maritim Malaysia

Bernama
Bernama
14/02/2022
16:00 MYT
Penyeludup ketum guna bot mewah rempuh bot Maritim Malaysia
Mohd Hashim berkata ini merupakan kali pertama penyeludup menggunakan bot penumpang mewah berkuasa tinggi bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa. - Gambar hiasan
KUALA PERLIS: Dua penyeludup daun ketum warga tempatan yang menaiki bot penumpang mewah bertindak nekad merempuh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam cubaan meloloskan diri, di kedudukan 5.8 batu nautika barat pantai Kurung Tengar di sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi itu, suspek mengemudi bot secara berbahaya dan bertindak merempuh bot penguat kuasa.
"Maritim Malaysia berjaya menahan dua suspek lelaki berumur 37 dan 48 tahun, setelah bot yang mereka naiki mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan bocor akibat rempuhan itu.
"Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemukan 300 bungkusan plastik berwarna hitam serta 13 bungkusan plastik berwarna putih yang disyaki daun ketum dengan berat 3.2 tan metrik dianggarkan bernilai RM576,000 dan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya turut dirampas tiga enjin sangkut dianggarkan bernilai RM380,000 dan bot fiber bernilai RM180,000.
Mohd Hashim berkata ini merupakan kali pertama penyeludup menggunakan bot penumpang mewah berkuasa tinggi bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.
"Daripada hasil siasatan, kami dapati bot tersebut akan berlabuh di negara jiran dan hanya bergerak ke Malaysia untuk menyeludup keluar daun ketum," katanya.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan daun ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketum
#bot mewah
#rempuh bot
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan