awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu

Sinar Harian
Sinar Harian
14/10/2024
01:15 MYT
Penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu
Lembu yang ditinggalkan oleh penyeludup di sempadan Malaysia. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Dua penyeludup bertindak melarikan diri ke sempadan Thailand selepas menyedari sepasukan anggota tentera mengesan lokasi mereka membawa masuk lembu secara haram ke sempadan Malaysia.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.
Kenyataan itu menyebut, ketika kejadian kira-kira jam 1.15 pagi Ahad, pasukan operasi mengesan dua lelaki sedang membawa masuk lembu melalui laluan haram ke sempadan Malaysia dari sempadan Thailand dengan merentasi Sungai Golok.
"Anggota tentera yang sedang mengawasi penyeludup di lokasi itu kemudian bertindak menyerbu dua lelaki berkenaan.
"Bagaimanapun, kedua-dua mereka terus meninggalkan haiwan yang diseludup dan dilihat melarikan diri ke sempadan Thailand," kata kenyataan itu pada Isnin.
Kenyataan itu turut memberitahu, satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan telah dibuat di Balai Polis Nibong, Tanah Merah.
"Haiwan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang manakala kes penyeludupan akan disiasat oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah.
"TDM akan terus berusaha dan menjamin keselamatan sempadan negara serta tiada kompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penyeludup
#lembu
#sempadan thailand
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan