awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerahan tanah rizab kepada Sabah, Sarawak di peringkat akhir

Bernama
Bernama
06/05/2023
09:48 MYT
Penyerahan tanah rizab kepada Sabah, Sarawak di peringkat akhir
Armizan berkata, tuntutan dan hak-hak yang terkandung dalam MA63 selama ini telah banyak dibincangkan dalam pelbagai forum terutama menerusi platform politik. - Gambar fail
LABUAN: Proses penyerahan tanah rizab kerajaan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak kepada kedua negeri itu kini dalam peringkat akhir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian akan memuktamadkan garis panduan terlibat.
"Proses memuktamadkan penyerahan tanah rizab Persekutuan (yang dikenal pasti belum dibangunkan sekian lama di Sabah dan Sarawak) kini dalam peringkat akhir, untuk sekiranya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak ingin mengambil balik dan dibolehkan dengan garis panduan tertentu," katanya kepada selepas mendengar taklimat perkembangan penstrukturan Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
Katanya tuntutan dan hak-hak yang terkandung dalam MA63 selama ini telah banyak dibincangkan dalam pelbagai forum terutama menerusi platform politik.
"Kita bersyukur satu platform khusus secara rasmi, Jawatankuasa Devolution of Authority (JKDA) diwujudkan pada tahun 2016 untuk membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan MA63.
"Kemudian ditambah baik kepada Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2018 dan diangkat sebagai Majlis Khas MA63 pada tahun 2020 dan diperkasakan lagi pada tahun 2022 di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 dan ini membolehkan telah ada rekod perbincangan rasmi yang boleh dijadikan rujukan untuk tindakan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah rizab
#Sabah
#Sarawak
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan