Dua lelaki yang menyerang guru dalam sekolah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, jam 5.15 petang tadi.

Kedua-dua suspek yang merupakan bapa saudara kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung ditahan reman esok bagi membantu siasatan kes.

Hasil semakan awal mendapati mereka tidak pernah mempunyai rekod jenayah dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut.

"Mereka berdua direman bagi membantu siasatan kes menyerang seorang guru, Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi.

BACA: Video tular cikgu diserang di sekolah, akibat salah faham

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/447 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi selama 3 minit 31 saat memaparkan dua lelaki menyerang seorang guru di dalam perkarangan sekolah akibat salah faham berhubung anak saudara jagaannya yang digantung persekolahan.


Dalam video itu turut memperlihatkan salah seorang daripada suspek bertindak mengasari dan cuba mengheret guru berkenaan, Sirajudin Jusoh, 52 ke luar pagar sekolah dengan niat mahu mencederakan guru berkenaan.

Video itu dimuat naik pelajar yang sempat merakam kejadian yang dipercayai berlaku jam 10.30 pagi, Sabtu lalu dan kini telah ditonton lebih 9,000 tontonan.