JOHOR BAHRU: Saingan sengit merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk membentuk kerajaan negeri baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bermula hari ini.
Barisan Nasional (BN) mengharapkan negeri itu kembali menjadi kubu kuat mereka, namun pastinya impian itu tidak akan mendapat laluan mudah daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
PRN itu turut dimeriahkan dengan penyertaan pertama kali beberapa parti politik iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Warisan (Warisan) - pertama kali bertanding selepas melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia selain Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Secara matematik, MUDA yang merupakan rakan strategik PH selain Pejuang yang bertanding di 42 kerusi DUN, masing-masing boleh membentuk kerajaan negeri sekiranya mendapat majoriti mudah iaitu 29 kerusi.
MUDA meletakkan tujuh calon manakala Warisan bertanding di enam kerusi, PBM (empat) dan PSM (satu).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai hari pengundian PRN Johor dengan penamaan calon pada 26 Feb, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia melihat penyertaan Warisan dan PBM, boleh menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan negeri sekiranya mereka berjaya memperoleh kerusi serta tiada parti mendapat majoriti.
Selain itu, beliau berkata ia juga menjadi medan ujian untuk melihat sama ada mereka mendapat sokongan rakyat dan seterusnya merangka strategi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Jika strategi mereka berjaya, ia akan diguna pakai pada PRU15 dan jika kalah, penambahbaikan dan intervensi akan dilakukan bagi menghadapi pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama semalam.
Bagaimanapun, penyertaan lebih banyak parti-parti politik itu dilihat akan memecahkan undi, sekali gus memberikan kelebihan kepada BN sekiranya menggunakan pendekatan dan strategi yang tepat.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammed Fauzi Othman berpandangan, penyertaan lebih banyak parti politik pada PRN Johor itu menunjukkan perkembangan normal dalam sistem demokrasi matang.
"Saya rasa kebanyakan parti nanti akan cuba bersatu sama ada dalam bingkai yang tekal atau longgar, seperti di United Kingdom (Konservatif dan Buruh) atau Amerika Syarikat (Republikan dan Demokrat). Ini kita dapat lihat dalam PH dan PN yang merupakan campuran pelbagai aspirasi parti-parti, tetapi cuba bersatu dalam bingkai yang sama," katanya.
Mengenai peluang parti-parti bertanding, beliau berkata UMNO dan BN dilihat mempunyai peluang cerah memenangi PRN Johor, jika pengundi tradisi lebih ramai keluar mengundi berbanding pengundi bandar dan kelas pertengahan.
"Masyarakat luar bandar masih mengundi atas sentimen-sentimen klasik, jadi penyokong setia untuk UMNO dan BN tetap ada, dan saya rasa parti itu juga telah menjalankan kerja yang baik menyantuni rakyat tetapi bagi golongan kelas pertengahan atau pengundi urban, kehendak mereka lebih merencam dan tidak mudah untuk dipenuhi," tambahnya.
Kedua-dua mereka menjangkakan pengundi akan menumpukan kepada parti politik yang boleh menawarkan penyelesaian kepada isu tempatan seperti sara hidup, perumahan, pendidikan dan peluang pekerjaan dalam membuat pemilihan.
Pada PRU14, PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor, dengan DAP memperoleh 14 kerusi, Amanah (sembilan), PKR (lima) manakala Bersatu (lapan).
BN mendapat 19 kerusi sementara PAS hanya satu kerusi.
Bagaimanapun, kerajaan PH di Johor jatuh selepas Bersatu umum keluar dari PH di peringkat Persekutuan pada 24 Feb 2020.
Susulan itu, Bersatu kemudiannya membentuk Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai parti-parti di bawah Barisan Nasional serta PAS, sekali gus membentuk kerajaan negeri di Johor dengan 29 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Dr Muhammed Fauzi Othman berpandangan, penyertaan lebih banyak parti politik pada PRN Johor menunjukkan perkembangan normal dalam sistem demokrasi matang.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Penyertaan parti pertama kali bertanding warnai saingan PRN Johor
Penyertaan Warisan dan PBM dilihat jadi penentu dalam pembentukan kerajaan negeri sekiranya mereka berjaya memperoleh kerusi.