awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyu mati terdampar ditemui di Pantai Pandak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/09/2021
02:35 MYT
Penyu mati terdampar ditemui di Pantai Pandak
Punca kematian penyu yang dianggarkan berusia antara empat dan lima tahun itu masih disiasat. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seekor penyu Agar betina ditemukan mati terdampar dengan kesan kecederaan di bahagian mata di pesisir Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan haiwan seberat 15 kilogram itu mati akibat terperangkap dalam pukat.
Bagaimanapun punca kematian penyu yang dianggarkan berusia antara empat dan lima tahun itu masih disiasat.
Menurut Ruzaidi, pasukan perikanan digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan penemuan itu pada jam 5.18 petang pada Sabtu.
Ruzaidi berkata mengikut statistik bagi tahun 2021, sebanyak 38 kematian penyu dan seekor tuntung laut direkodkan setakat ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar menghubungi pejabat daerah perikanan atau menghubungi talian 03-88885019 sekiranya menemukan penyu hidup atau mati terdampar di pantai.
Topic Berkaitan
#penyu agar
#mati
#Pantai Pandak
#pukat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan