awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyuntingan ayat tidak jejas keseluruhan laporan PAC - Hasan

Bernama
Bernama
19/04/2016
13:58 MYT
Penyuntingan ayat tidak jejas keseluruhan laporan PAC - Hasan
HASAN: Ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam. -Gambar fail
Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata ayat berkenaan dikeluarkan kerana ia berstatus belum jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam.
"Perkara ini telah dimaklumkan ketika pembentangan laporan kepada semua anggota PAC pada 7 April lepas.
"Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata berkata pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran khusus bagi melaksanakan tanggungjawab itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sebarang salah laku.
Hasan berkata demikian bagi mengulas kenyataan anggota Parlimen DAP Tony Pua hari ini yang mengatakan beberapa ayat dalam laporan akhir 1MDB telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.
Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB itu, kata anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada Barisan Nasional dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hasan Arifin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#laporan akhir PAC
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan