awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka, tawar hadiah sehingga RM31,000

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2025
02:10 MYT
Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka, tawar hadiah sehingga RM31,000
Karya-karya pemenang terdahulu dipamerkan di bandar-bandar di Rusia sebagai sebahagian usaha mencari bakat-bakat baharu dalam bidang fotografi. - Foto Stenin Contest
KUALA LUMPUR: Jurugambar dan jurufoto profesional dari Malaysia dipelawa untuk menyertai Peraduan Fotografi Akhbar ke-11 yang diadakan sempena memperingati jurufoto terkenal dari Rusia, Andrei Stenin.
Secara tradisinya, ia bermula pada 22 Disember 2024, sempena hari lahir Stenin, seorang jurufoto Rossiya Segodnya, bagi menghormati legasinya selepas kematian tragik mendiang pada 2014 berhampiran Donetsk, Ukraine.
Kurator peraduan fotografi, Oksana Oleinik berkata, beliau gembira peraduan fotografi peringkat antarabangsa itu berterusan sehingga kini.
Katanya, walaupun berdepan cabaran masa kini, peraduan yang dijalankan kekal sebagai mercu tanda bagi jurufoto profesional di seluruh dunia meraikan integriti dan ekspresi seni.
"Inilah masanya dan ketikanya, jurufoto muda menumpahkan kreativiti mereka untuk dihargai dari segi mengetengah kemanusiaan dan menghormati apa itu kemanusiaan. Ini jelas boleh terpancar menerusi foto-foto yang dikirim dan diadili nanti," kata Oleinik dalam satu kenyataan.
Peraduan Fotografi Akhbar ke-11 ini terbuka kepada semua jurufoto profesional berusia antara 18 hingga 33 tahun untuk merebut hadiah bagi lima kategori dipertandingkan iaitu Top News, Sports, My Planet, Potrait, Hero of Our Time and Top View.
Hadiah wang tunai yang lumayan bagi setiap kategori menanti para peserta di mana tempat pertama akan menerima 125,000 Ruble atau kira-kira RM5,587.
Manakala, 100,000 Ruble (RM4,470.08) akan diberikan kepada pemenang di tempat kedua dan 75,000 Ruble (RM3,352.56) untuk tempat ketiga.
Pemenang kehormat tertinggi peraduan ini, iaitu Grand Prix, akan menerima wang tunai berjumlah 700,000 Ruble atau RM31,290.60.
Majlis penganugerahan dijangka berlangsung di Moscow pada September atau Oktober ini.
Dalam pada itu, karya-karya pemenang terdahulu dipamerkan di bandar-bandar di Rusia sebagai sebahagian usaha mencari bakat-bakat baharu dalam bidang fotografi.
Manakala pameran bergerak turut diadakan di beberapa bandar terpilih sebelum majlis penganugerahan berlangsung.
Sejak penganjurannya, pameran bergerak tersedia untuk penonton di China, Afrika Selatan, Mexico, Argentina, Uruguay, Jerman, Mesir dan banyak lagi.
Untuk sebarang penyertaan, peserta boleh melayari laman web dalam bahasa Rusia di alamat http://stenincontest.ru dan dalam bahasa Inggeris di alamat http://stenincontest.com
Peraduan ini dibuka sehingga 28 Februari 2025.
Topic Berkaitan
#Peraduan Fotografi Akhbar Antarabangsa
#Andrei Stenin
#jurufoto
#pameran
#fotografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan