promo-450-2.jpg


SMASHBOX HOLIDAY COLLECTION
November ini, Smashbox Cosmetics menawarkan ajnas pilihan kepada pencinta jenama ini untuk memiliki salah satu ‘ hadiah ’ istimewa mereka bersempena musim percutian kali ini. Dek kerana percutian yang sempurna ibarat karya seni yang indah, maka Smashbox bekerjasama dengan artis ternama iaitu Yago Hortal untuk menghasilkan Kit Art. Love. Color Edisi Terhad yang menyerlahkan solekan musim ini bertemankan elemen kesenian, cinta dan mainan warna . Ia membariskan Photo Finish Foundation Primer, Foundation, Eye Shadow dan Full Exposure Mascara . Yang paling menarik , setiap kit memaparkan karya seni hasilan Yago, maka ia sajak dijadikan hadiah tanpa perlu kamu membalutnya . Selain itu, kamu juga boleh mendapatkan produk bintang Camera Ready CC Cream SPF 30 - Dark Spot Correcting yang bertindak mengurangi ketaraan bintik gelap sekali gus meningkatkan keserian kulit yang kelihatan lebih cerah dan mulus sepanjang hari. Ayuh, jawab soalan dan menangi sekarang!