Peraih getah yang mengahwini budak 11 tahun didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Hakim, Mohd Surbaineey Hussain mengenakan hukuman terhadap Che Mohd Karim Che Hamid, 41, sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan.

Che Mohd Karim dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda sebanyak RM900.