awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
10/12/2020
14:01 MYT
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Ismail Sabri turut serta dalam tiga mesyuarat tidak rasmi Menteri Pertahanan ASEAN1 iaitu Amerika Syarikat, China dan Jepun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-14 (ADMM) dan ADMM-Plus ketujuh melalui persidangan video turut menggesa semua pihak mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan rantau ini.
Mesyuarat yang berlangsung dua hari bermula semalam itu dihoskan oleh Vietnam sebagai Pengerusi ASEAN 2020, dan mesyuarat ADMM-Plus melibatkan Menteri Pertahanan dari semua negara ASEAN serta lapan negara rakan dialog Plus iaitu Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia serta Setiausaha Agung ASEAN.
"Turut ditekankan adalah mengenai krisis pelarian Rohingya yang memberi kesan kepada aspek sosial dan ekonomi Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Isu ini tidak seharusnya ditanggung secara bersendirian oleh mana-mana negara terutamanya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Negara anggota ASEAN khususnya rakan dialog Plus serta masyarakat antarabangsa diseru pertingkatkan usaha mencari penyelesaian jangka panjang yang berkesan terhadap krisis kemanusiaan ini," tambahnya.
Ismail Sabri berkata antara perkara lain dibincangkan adalah lima inisiatif kerjasama serantau baharu untuk dipersetujui oleh Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN.
Jelasnya ia termasuk dokumen prosedur operasi standard (SOP) Kumpulan Sedia Tentera ASEAN (AMRG) mengenai Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).
"SOP ini bertujuan sebagai panduan kepada tentera negara serantau dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara dilanda bencana di rantau ini secara pantas selaras di bawah panji ASEAN. Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan solidariti ASEAN dalam menghadapi bencana di rantau ini, selaras dengan konsep 'One ASEAN One Response'," katanya.
Dalam pada itu Ismail Sabri turut serta dalam tiga mesyuarat tidak rasmi Menteri Pertahanan ASEAN+1 iaitu Amerika Syarikat, China dan Jepun yang diadakan bersampingan dengan mesyuarat ADMM-Plus.
Beliau juga menyertai sambutan ulang tahun ke-10 ADMM-Plus dan sesi bersama tetamu khas Pengerusi ADMM iaitu Jerman, Kanada, Kesatuan Eropah, Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan United Kingdom.
Mesyuarat diakhiri dengan sesi menandatangani deklarasi bersama oleh kesemua Menteri Pertahanan bagi memperkukuhkan semangat kerjasama antara negara ASEAN dan rakan dialog Plus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Laut China Selatan
#Bebas
#tentera
#konflik
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan