Majlis akad nikah boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perak, dengan syarat mematuhi tatacara khas yang telah ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata, majlis itu hendaklah menurut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Katanya, tatacara yang ditetapkan ialah majlis akad nikah dilaksanakan hanya di premis Pejabat Agama Islam Daerah dan tidak dibenarkan di premis persendirian, masjid atau tempat-tempat awam.
Ujarnya, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakil perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk majlis akad nikah, selain itu proses nyahkuman dilakukan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
"Majlis akad nikah yang dijalankan oleh jurunikah kariah hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya.
"Tanggungjawab mereka adalah memastikan perkara seperti rukun nikah, membaca takliq selepas akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul, menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter setiap yang hadir.
"Tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain serta memakai penutup muka serta menyediakan pembersih tangan untuk mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujarnya, lampiran yang dikeluarkan oleh JAIPk juga menyatakan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hanya boleh memberi kebenaran sebanyak tiga sesi sehari iaitu 9.30 - 10 pagi, 11.30 - 12 tengah hari dan 2.30 - 3 petang.
Majlis hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua orang saksi, seorang pengantin lelaki, seorang pengantin perempuan dan seorang wali dari pihak pengantin perempuan.
"Dokumentasi dan pengeluaran Sijil Perakuan Nikah hendaklah ditangguhkan dan disempurnakan selepas tamah tempoh PKP.
"Majlis itu hendaklah dibatalkan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekiranya tatacara versi ini tidak dipatuhi atau arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk negeri Perak," katanya lagi.
Aida Aziz
Thu Apr 16 2020

Majlis hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua orang saksi, seorang pengantin lelaki, seorang pengantin perempuan dan seorang wali dari pihak pengantin perempuan.
AWANI Borneo [19/4/2025] – Tegas PM | PRN Sabah | Jom Masuk U
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar.
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos - Loke
Loke berkata penambahbaikan berkenaan dijangka menjimatkan kos selain memendekkan tempoh proses mendapatkan lesen memandu.

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.

Selangor benarkan akad nikah mulai esok
Selangor membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid, bermula esok.

Tiada acara menyarung cincin antara SOP majlis akad nikah di Sarawak
Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan garis panduan mengenai pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.