IPOH: Perak FC memperkenalkan jersi rasmi untuk pasukan The Bos Gaurus (TBG) pada Rabu yang ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).
Seperti kebanyakan pasukan Liga Malaysia lain, pengenalan jersi home and away itu turut dilakukan secara maya melalui laman Facebook rasmi perakfc.com.my
Selain Perak FC, Kaki Jersi turut menaja pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC).
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed ketika melancarkan logo rasmi baru-baru ini meminta penyokong skuad TBG agar hanya membeli jersi Perak FC yang asli dan mengelakkan pembelian jersi tiruan.
Menurutnya, penjualan jersi tiruan adalah antara perkara yang dibincangkan beliau dengan syarikat penaja pakaian rasmi itu dan ia akan ditangani dengan cara berhemah.
"Kita faham mereka (penjual jersi tiruan) berniaga, jadi saya serahkan kepada Kaki Jersi untuk perkara ini diuruskan sebaik mungkin. Maksudnya kalau kita halang mereka untuk berniaga, maka kita perlu urus dengan cara lain,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak mencadangkan agar pihak penaja mungkin boleh melantik para peniaga berkenaan sebagai ejen untuk menjual produk pasukan.
"Kita tidak mahu, jika kita halang mereka tetapi kita tidak beri peluang kepada mereka dan saya berharap peniaga boleh berurusan dengan kita mengenai perkara ini," ujarnya.
Katanya, pembelian jersi asli dapat membantu dan menyokong Perak FC selain syarikat Kaki Jersi yang merupakan sebuah jenama tempatan.
"Faktor utama kita memilih mereka ini ialah kerana ia bersesuaian dengan kehendak semasa dari segi kualiti, harganya dan paling penting ini produk tempatan yang boleh kita angkat di peringkat lebih tinggi,” tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Mar 03 2021
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ). - Gambar Perak FC
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Perak FC sambar Kaka
Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.