IPOH: Perak FC menyambung khidmat ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah dua musim lagi, selepas berjaya membimbing anak-anak buahnya mempamerkan persembahan cemerlang dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super.
Yusri, 47 tahun, yang mengambil alih jawatan daripada Datuk Lim Teong Kim, Mei lalu, berjaya membawa skuad Perak FC hingga peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Ketika dihubungi, Yusri melahirkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang untuk meneruskan tugas bersama skuad The Bos Gaurus.
"Syukur Alhamdulillah kerana diberi kepercayaan oleh pengurusan Perak FC untuk terus berada dalam skuad Perak bagi menghadapi baki saingan musim ini dan musim seterusnya.
"Insya-Allah, saya akan galas kepercayaan ini dengan sebaik mungkin dan berharap dapat melakukan yang terbaik.
“Sudah tentu saya akan berusaha untuk perbaiki kedudukan Perak FC, khususnya dalam saingan Liga Super," katanya ketika dihubungi semalam.
Yusri memperbaharui kontrak bersama pasukan Perak dalam satu majlis ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin, di sini, pada Khamis.
Selain Yusri, Perak FC turut melanjutkan kontrak ketua jurulatih bawah 23 tahun (B23), Chan Wing Hoong dan ketua jurulatih bawah 20 tahun (B20), Shahril Nizam Khalil.
Diminta mengulas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia berdepan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, 19 Oktober ini, Yusri memohon penyokong Perak turun beramai-ramai untuk memberi sokongan.
Beliau percaya kehadiran penyokong amat penting untuk memberi motivasi kepada para pemain.
"Kita sedia maklum kekuatan yang dimiliki skuad JDT, namun tidak mustahil untuk kita mencipta kejutan.
“Saya hanya mahu pemain kita memberikan persembahan terbaik dan anggap setiap perlawanan itu adalah penting," ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Oct 13 2023
Yusri (kiri) memperbaharui kontrak bersama pasukan Perak dalam satu majlis ringkas bersama Bobie di Ipoh, pada Khamis. - Facebook Perak Football Club
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pramusim: Perak FC benam Geylang di Ipoh
Meskipun terlalu awal untuk menilai, namun keputusan malam tadi pasti menggembirakan 2,060 penyokong Perak yang hadir ke stadium.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Perak hampir pasti tidak sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Bobie berkata, pihaknya tidak berupaya membuat persiapan pasukan kerana kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Penjaga gol JDT sah sertai Perak
Kehadirannya ke Perak FC mempunyai misi tersendiri selain mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.
Belum ada kata putus venue Perak FC
Kerajaan negeri akan berbincang dengan semua pihak berkaitan bagi menentukan venue terbaik untuk perlawanan Liga Super itu.
Kanybekov sah milik Perak FC
Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi 'Home' malam tadi.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Perak FC sambar Kaka
Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.