awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak hasrat laksanakan program Pokok Angkat

Bernama
Bernama
11/10/2018
23:23 MYT
Perak hasrat laksanakan program Pokok Angkat
Ahmad Faizal menanam pokok yang ke-1.4 juta pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2018 Peringkat Negeri Perak di Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sungai Siput, 11 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Kerajaan Perak berhasrat untuk melaksanakan program 'Pokok Angkat' bagi memastikan kelestarian hutan di negeri itu terjamin.
Bagaimanapun Menteri Besarnya Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu masih di peringkat kajian kerana untuk mencapai hasrat itu ia memerlukan kos yang tinggi dan komitmen daripada semua pihak.
"Orang ramai meminta kerajaan tidak menebang hutan, jadi jika itu dilakukan (tidak tebang) kerajaan negeri tidak dapat pendapatan menerusi penebangan pokok atau hasil hutan, jadi cara lain masyarakat perlu beri sumbangan.
"Menerusi program pokok angkat orang ramai dapat memberi sumbangan dengan cara membeli pokok, tidak perlu bayar sekali gus boleh bayar secara bulanan mengikut kemampuan agar wang itu dapat digunakan bagi menjaga hutan," katanya selepas merasmikan majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Pos Kuala Mu di sini pada Khamis.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Faizal menyeru agar pemikiran lama bahawa kekayaan daripada hasil hutan adalah daripada aktiviti menebang balak semata-mata dapat diubah.
"Kita mesti belajar bagaimana negara lain menjadikan khazah alam semulajadi sebagai sumber pendapatan yang lumayan hasil daripada aktiviti ekopelancongan yang menjana pendapatan bernilai jutaan ringgit.
Perak mempunyai hutan simpanan kekal seluas 991,328.05 hektar dan daripada jumlah itu seluas 516,445.70 hektar atau 52 peratus dikelaskan sebagai hutan pengeluaran, manakala bakinya iaitu sebanyak 48 peratus lagi dirizabkan khusus untuk perlindungan seperti hutan tadahan air, hidupan liar dan pelindungan tanah tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#alam semulajadi
#hutan
#Hutan Simpanan Kekal
#Kajian
#kerajaan negeri
#penebangan pokok
#Perak
#pokok
#pokok angkat
#sumber pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan