IPOH: Kerajaan negeri telah mengenal pasti sumber-sumber hasil baharu bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebanyak tujuh sumber hasil baharu telah dikenal pasti.
Menurutnya, tujuh hasil itu ialah:
- Pemberimilikan Tanah Bagi Tujuan Talian Rentis dan Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).
- Pembinaan Menara Telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
- Pelupusan Tanah Secara Tender.
- Meluaskan Pelaksanaan Permit Khas Untuk Projek Solar.
- Penilaian dan Pengenaan Kadar Baharu Penyelarasan Semula Semua Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pada Kadar Komersial di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE).
- Pengenaan Pajakan Tanah Rizab di bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara 1965.
- Penyelarasan dan Taraf Tanah Desa Kepada Tanah Pekan Atau Bandar.
“Kita mengharapkan ekonomi akan berkembang pada tahun hadapan dengan pengaktifan semula semua sektor, terutama perindustrian dan pembuatan.
“Ini bagi membolehkan ia menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil negeri terutama hasil tanah dan bahan batu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Negeri, hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri juga akan menumpukan kolaborasi antara beberapa daerah yang berpotensi dan terdapat permintaan terhadap aktiviti pengeluaran pasir sungai, perlombongan dan pengkuarian.
Bagaimanapun, katanya, ketirisan hasil adalah antara punca utama kehilangan pendapatan kepada kerajaan.
Lanjutan itu, beliau berkata, pendekatan ‘taskforce’ secara berfokus adalah antara langkah-langkah penting yang akan diambil tahun hadapan bagi mengurangkan ketirisan hasil negeri.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 10 2021
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebanyak tujuh sumber hasil baharu telah dikenal pasti. - Foto Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.
MB Perak akan menghadap Sultan Nazrin bentang laporan kegiatan GISB
Keputusan untuk memfatwakan GISB sebagai organisasi haram hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan ketetapan.