IPOH: Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi ‘Talent Perak’ bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata aplikasi berkata aplikasi berkenaan sudah boleh dimuat turun ke telefon pintar dan digunakan mulai hari ini.
Katanya, pencari kerja tidak lagi perlu mengemukakan resume secara fizikal sebaliknya boleh terus memohon pekerjaan secara atas talian menerusi aplikasi Talent Perak.
“Para pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini di telefon bimbit masing-masing melalui Google Play Store dan boleh membuat carian jawatan kosong mengikut kategori demografik, industri, pengajian dan peringkat jawatan yang berdekatan dengan jarak lokasi pengguna.
“Talent Perak kini dalam peringkat versi Beta dan pihak PASAK akan mendapatkan input serta maklum balas daripada pengguna untuk memastikan aplikasi tersebut dapat diakses dengan lancar.
“Pembangunan aplikasi tersebut adalah antara usaha berterusan oleh kerajaan negeri untuk memberi fokus kepada penyediaan peluang dan persiapan tenaga kerja mahir yang diperlukan industri selain memastikan kebolehpasaran graduan Perak sentiasa dapat dipertingkatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Perasmian Karnival Anak Muda (KAMU) @ Karnival Lokein-O-Rama dan Majlis Pelancaran Aplikasi Talent Perak di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, usaha berkenaan selari dengan salah satu dari enam agenda utama Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembuatan Keputusan Berpacukan Data.
“Ini adalah selari dengan komitmen Kerajaan Negeri yang sedang giat membuka kawasan-kawasan industri baru di Perak selain peningkatan permintaan daripada syarikat-syarikat multinasional untuk membuka atau meluaskan operasi mereka di negeri ini,” katanya lagi.
Terdahulu pada majlis berkenaan, Saarani turut menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara PASAK, Institut Darul Ridzuan (IDR) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi melaksanakan program-program pembangunan belia di Perak.
Ia disempurnakan IDR yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Maisarah Ahmad; PASAK diwakili Pengarahnya, Mohd Misbahul Munir Masduki serta PERKESO diwakili Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Azirruan Arifin.
Mengulas lanjut Saarani berkata, melalui MoU tersebut, tiga pihak berkenaan akan bekerjasama untuk melaksanakan program berbentuk pembangunan kerjaya, latihan kemahiran serta penyelarasan data pekerjaan.
Katanya maklumat berkenaan kemudiannya akan digunakan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi negeri menerusi ketersediaan bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negeri Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Sep 17 2022
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini. - Gambar hiasan/Facebook Talent Perak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PASAK sedia latihan mahir kerja kepada pelajar lepasan SPM
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama kerajaan negeri menyediakan Program Latihan Mahir Kerja bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan tempat di industri.
Perak lancar aplikasi Talent Perak, mudahkan urusan mencari kerja
Kerajaan Perak menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melancarkan aplikasi Talent Perak bagi memudahkan urusan mencari pekerjaan terutama golongan anak muda di negeri ini.
Perak beri keutamaan atasi isu pengangguran
PASAK akan menganjurkan jelajah kerjaya di 12 daerah di Perak bagi memberi peluang pekerjaan berpotensi terus kepada pencari kerja.