KUALA LUMPUR: Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai 'wajah' lakaran, yang siap pada 19 Jan lepas.
Lakaran wajah Perak Man itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruction, oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.
Artikel jurnal berkenaan diterbitkan menerusi 'Malaysian Journal of Medical Sciences USM'.
Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Dr Johari Yap yang juga merupakan seorang daripada penyelidik berkenaan berkata projek itu tercetus sejak dua tahun lepas, hasil idea Pakar Bedah Neurosurgeri di Hospital USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah.
Berkongsi cerita dengan Bernama, Johari berkata Jafri Malin yang banyak menjalankan kajian berkaitan neurosains dan kognitif telah mengajak beliau untuk mereka bentuk semula tulang kepala Perak Man dan seterusnya membuat lakaran wajah Perak Man.
Johari yang memilki kepakaran dalam pengimejan kraniofasial dan rekonstruksi 3D muka serta tengkorak berkata beliau telah menggunakan data imbasan CT Perak Man dan tengkorak yang terbentuk dalam imej 3D untuk dihantar melalui e-mel kepada Moraes bagi menghasilkan lakaran wajah.
Jelasnya sebelum mereka bentuk wajah, Moraes memerlukan maklumat seperti jantina, umur dan keturunan bagi menghasilkan tisu muka berdasarkan ketebalan purata melalui kajian sebelum ini.
"Apabila muka sudah terbentuk, pihak kami akan berbincang mengenai warna mata, warna kulit, rambut berdasarkan Antropologi Forensik.
"Oleh kerana Perak Man ini dirujuk sebagai 'Australo-Melanesian' serta merupakan nenek moyang kepada orang asli Negrito, maka ciri-ciri Negrito banyak mempengaruhi reka bentuk akhir muka Perak Man ini," katanya.
Perak Man, rangka tulang manusia yang hampir sempurna yang dijumpai di Asia Tenggara pada zaman batu era paleolitik ditemukan hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM yang diketuai Prof Datuk Dr Zuraina Majid dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.
Ia juga merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan kongenital yang dikenali sebagai brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dalam posisi janin di dalam kandungan, dengan kedua-dua kakinya berlipat ke arah dada. Ia dikebumikan dengan peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
BACA: Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak
Selain Johari, Jafri Malin dan Moraes, empat lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian berkenaan ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, Pakar Forensik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Dr Helmi Hadi, Pakar Pengimejan Kraniofasial Prof Dr Zainul Ahmad Rajion dan Pensyarah Sekolah Seni USM Norshahidan Mohamad.
Jelasnya, hasil kajian mendapati anggaran isi padu otak Perak Man adalah 1,204.91 mL, rendah sedikit daripada isi padu otak manusia moden yang dalam lingkungan 1,312 mL hingga 1,479 mL dan secara tidak langsung dapat memberikan sedikit maklumat kognitif berkaitan Perak Man.
"Walaupun dilahirkan dengan kecacatan fizikal, Perak Man terus hidup dan menjalani gaya hidup berburu dan berkumpul secara nomad, mungkin disebabkan penjagaan yang diberikan kepadanya. Dia mungkin mengatasi kekurangan fizikalnya dengan mengembangkan kemahiran berburu, atau mungkin dia jarang memburu dan melakukan tugas lain.
"Berdasarkan andaian statusnya, Perak Man mungkin seorang yang dihormati dalam kumpulan dan mungkin juga seorang dukun dan orang yang paling berpengetahuan dalam kumpulan mengenai kelangsungan hidup, pemburuan, pengumpulan dan aspek lain dalam kehidupan seharian Paleolitik.
"Perak Man berkemungkinan hidup sebagai pemburu, sama seperti gaya hidup kumpulan etnik Negrito, yang mungkin keturunan Perak Man," menurut para penyelidik dalam jurnal itu.
Johari berkata menerusi perkembangan terbaharu kajian berkenaan, ia dilihat membuka jalan bagi pengkaji menggunakan teknologi abad ke-21 untuk memahami bagaimana interaksi antara otak, minda, tingkah laku dan budaya berlaku pada masa lalu.
"Teknologi 3D yang ada sekarang ini mampu menghasilkan lakaran muka yang mampu memberikan kefahaman baharu mengenai penemuan prasejarah di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Lakaran wajah itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruction, oleh sekumpulan penyelidik dari USM dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil. - Foto: USM, Malaysia Journal of Medical Sciences
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Januari 2025
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
1️⃣ Peserta kemuka tiga tuntutan
2️⃣ Serbuan ke atas klinik haram dipertingkat
3️⃣ Kelulusan permohonan kerakyatan dalam sebulan
#awaniringkas
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak menerusi inisiatif kompaun khas RM150
Mereka yang gagal membayar tunggakan saman juga tidak boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga ia dijelaskan.
Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Masters Indonesia 2025
Gandingan negara itu ambil masa 52 minit untuk singkirkan pasangan dari Korea Selatan, 21-19, 21-16.
AWANI Ringkas: Himpunan Rakyat Benci Rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [25/1/2025] - Kepimpinan cemerlang | Grid tenaga ASEAN | Kompleks kebudayaan Sabah
AWANI Borneo Sabtu 25 Januari 2025 bersama Assim Hassan.
Penganugerahan Felo Kehormat MIP kepada Premier Sarawak tepat – PM.
Peranan Sarawak jadi pemangkin kuasa tenaga ASEAN diiktiraf.
Sabah peruntuk RM102.87 juta perkasa sektor pelancongan bagi tahun 2025.
Penganugerahan Felo Kehormat MIP kepada Premier Sarawak tepat – PM.
Peranan Sarawak jadi pemangkin kuasa tenaga ASEAN diiktiraf.
Sabah peruntuk RM102.87 juta perkasa sektor pelancongan bagi tahun 2025.
Bapa lega anak peroleh kewarganegaraan selepas 17 tahun
Usaha seorang bapa mendapatkan kewarganegaraan untuk anaknya selama 17 tahun berakhir apabila permohonan untuk anak perempuannya itu diluluskan.
Pembinaan Stolport di Spaoh dijangka ubah landskap Betong
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia satu perkembangan menarik kerana Betong sebelum ini hanya dapat dihubungi melalui laluan darat dan ia menyebabkan urusan memasarkan produk kawasan itu ke luar negara terbatas
PGA Tawau rampas rokok seludup bernilai RM283,640
Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM283,640 disyaki diseludup masuk dari negara jiran di sebuah penempatan setinggan di Tawau, pada Jumaat.
Kompleks Kebudayaan Sabah martabat warisan negeri
Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew Chin Jin, menjelaskan, Kompleks Kebudayaan Sabah akan menampilkan rekaan yang melambangkan keperibadian setiap kumpulan etnik di Sabah
Menjejak manusia prasejarah Nenggiri, lebih tua dari Perak Man?
Rangka manusia yang ditemui dipercayai mendiami lembah tersebut sejak 14,000 tahun lalu.
Perak pertimbang wujud galeri khas khazanah seni negeri
Karya yang mengetengahkan kawasan di Lembah Lenggong itu dapat dijadikan khazanah berharga untuk negeri ini.
Fokus kepada 'Perak Man' sebagai tarikan pelancong
Perak Man yang ditemukan di dalam Gua Runtuh, Lenggong pada tahun 1990 merupakan rangka manusia era paleolitik yang paling lengkap.