awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak sambut baik cadangan kementerian bina pusat belia di Ipoh

Bernama
Bernama
10/05/2022
01:00 MYT
Perak sambut baik cadangan kementerian bina pusat belia di Ipoh
SAARANI: Apabila sampai tawaran itu kepada kerajaan negeri, sudah tentu kita akan menyambut ia dengan baik dan menjadi tanggungjawab (kerajaan negeri) menyediakan tanah untuk pembinaan pusat berkenaan. -Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Kerajaan Perak masih belum mendapat sebarang surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan mengenai cadangan pembinaan Pusat Belia Perak di Ipoh di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bagaimanapun pihaknya menyambut baik cadangan pembinaan tersebut untuk kebaikan golongan belia di negeri ini.
"Saya pun baru tahu hari ini (Isnin), Insya-Allah kita akan tunggu surat rasmi tawaran daripada Kementerian Belia dan Sukan.
"Dan apabila sampai tawaran itu kepada kerajaan negeri, sudah tentu kita akan menyambut ia dengan baik dan menjadi tanggungjawab (kerajaan negeri) menyediakan tanah untuk pembinaan pusat berkenaan.
"Bagaimanapun, setakat ini tiada perbincangan lagi antara kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan berhubung perkara itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Perak (MTPNg) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Isnin.
Pada April lepas, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kementerian menyediakan peruntukan RM45 juta bagi membina Pusat Belia Perak dan tapak bagi pembinaan pusat itu sudah dikenal pasti di daerah Kinta yang kini memerlukan kelulusan kerajaan negeri.
Ahmad Faizal berkata pihaknya kini sedang berurusan dengan kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah tersebut agar pembinaannya dapat disegerakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Pusat Belia Perak
#Kementerian Belia dan Sukan
#Ahmad Faizal Azumu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan