IPOH: Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu bagi menyelesaikan masalah lima projek perumahan 'sakit' atau terbengkalai di Perak tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak Sandrea Ng berkata projek-projek berkenaan terdiri daripada Taman Cempaka 2 di Manjung, Taman Limau Emas di Beruas, Taman Seri Emas di Kampar, Taman Tapah Permai di Tapah dan D'Aman Residency di Meru Raya, Ipoh.
"Lima projek ini adalah antara yang kita akan beri tumpuan, dalam masa sama kita pantau masalah yang berkaitan dengan projek-projek 'sakit', supaya dapat disiapkan walaupun lewat," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan V.Bavani (PH-Malim Nawar) yang ingin tahu senarai sasaran projek sakit dan akan dibantu untuk diselesaikan di Perak tahun depan.
Bagi tahun ini Sandrea berkata melalui task force bagi menangani projek sakit yang telah ditubuhkan kerajaan negeri Ogos lepas, kerja-kerja awalan telah dimulakan untuk mengenal pasti masalah projek sakit, dan pertemuan juga diadakan bersama pembeli projek perumahan terbabit.
"Pada tahun ini masalah projek naik taraf loji kumbahan di Taman Mayang Sari Fasa 2 di Kuala Kangsar yang terbengkalai sejak 2018 telah berjaya diselesaikan, dan semakan mendapati pembinaan kini mengikut jadual," katanya.
Beliau menjawab soalan asal Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin (PH-Chenderoh) yang mahu tahu status pengwujudan pasukan khas berkenaan dan apakah pelaksanaan yang telah dilakukan bagi menangani masalah projek perumahan sakit dan terbengkalai di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Kerajaan Perak sasar untuk membantu menyelesaikan masalah lima projek perumahan terbengkalai tahun depan. - Gambar hiasan
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.