IPOH: Perak tidak akan menolak 'arus rentas negeri' sebaliknya bersedia menerima kehadiran pelawat dan pelancong sebagaimana hasrat kerajaan untuk membenarkan kelonggaran tersebut apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiap siaga dalam mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 sebaik kelonggaran rentas negeri dilaksanakan.
"Dalam mesyuarat (mesyuarat kerajaan negeri) hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi ada bangkitkan mengenai perkembangan ini khasnya yang berkaitan pelancongan.
"Kita lihat pelaksanaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi dan pastinya apabila sempadan dibuka, orang ramai akan ke beberapa tempat tumpuan utama seperti Pulau Pangkor. Maka ada beberapa perkara dibangkitkan termasuk SOP lebih ketat dan penambahan feri untuk mengangkut pelancong.
"Kita tidak boleh tolak kehadiran orang ramai namun tidak bermakna mereka akan terus bebas. Mesyuarat hari ini bersetuju agar semua pihak terlibat mementingkan pematuhan SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri di sini hari ini.
Baru-baru ini, Nolee Ashilin dilaporkan berkata SOP untuk gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor dalam peringkat penyediaan dan dijangka siap minggu depan dengan draf SOP tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk disemak sebelum pulau peranginan itu boleh dibuka kembali kepada pengunjung.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.
Setakat semalam, kadar lengkap 90 peratus vaksinasi COVID-19 populasi dewasa merekodkan jumlah 88.4 peratus.
Menurut laman COVIDNOW, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiap siaga dalam mengetatkan SOP. - Gambar hiasan
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.