IPOH: Kerajaan negeri Perak mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dalam menangani kenaikan harga barang menerusi Kedai Bergerak Negeri Perak kendalian Yayasan Bina Upaya (YBU).
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kedai bergerak yang menjual barang-barang keperluan lebih rendah daripada harga pasaran akan ditambah dari segi kuantiti kenderaan dan kekerapan jualan di seluruh daerah di negeri ini.
Menurutnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan YBU untuk merealisasikan perkara tersebut memandangkan jualan kedai bergerak itu mendapat permintaan menggalakkan daripada rakyat.
"Kita menyediakan perkhidmatan kedai bergerak yang turun dari satu lokasi ke satu lokasi untuk menjual barang pada harga yang jauh lebih rendah.
"Ada yang lima peratus, 10 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan ia memang satu program yang mendapat sambutan sangat menggalakkan.
"Malahan ramai rakyat minta supaya YBU yang menerajui program ini untuk memperbanyakkan lagi lokasi yang akan kita turun, bukan sahaja memperbanyakkan lokasi tetapi memperbanyakkan kekerapan," katanya kepada pemberita selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) Bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) dan Veteran UMNO di Dewan Serbaguna Laman Seri Ridzuan, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan kerajaan memansuhkan subsidi barangan seperti ayam dan minyak masak yang dijangka meningkatkan harga barang-barang keperluan.
Menerusi Kedai Bergerak Negeri Perak, ayam segar dijual pada harga RM4 hingga RM10 seekor selain barang-barang keperluan lain seperti minyak masak, tepung gandum, gula dan beras pada harga lebih rendah.
Operasi kedai bergerak tersebut bermula jam 9 pagi hingga 3 petang di setiap lokasi terpilih setiap hari di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mulai 1 Julai depan, kerajaan tidak lagi membuat kawalan harga siling ayam, telur ayam serta memansuhkan subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kilogram.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 22 2022
Kerajaan negeri akan menambah bilangan dan kekerapan jualan Kedai Bergerak Negeri Perak bagi membantu menangani kenaikan harga barang susulan pemansuhan subsidi barangan oleh kerajaan. - Foto pembaca
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Perak tangani kenaikan harga barang melalui kedai bergerak
Operasi kedai bergerak tersebut bermula jam 9 pagi hingga 3 petang di setiap lokasi terpilih setiap hari di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perak jual ayam RM4 seekor melalui kedai bergerak
Harga tersebut ditawarkan kepada orang ramai yang membeli barangan keperluan lain dengan nilai RM25 ke atas di kedai bergerak.