GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang mengadakan bengkel bersama pemegang taruh untuk memuktamadkan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang berikutan terdapat sedikit pindaan pada pelan asal.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bengkel itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi supaya kerja-kerja seterusnya melibatkan projek infrastruktur transformatif itu dapat dijalankan.
"Hari ini (Khamis) MRT Corporation telah memberi taklimat kepada Majlis Tindakan Pembangunan Negeri berhubung projek LRT... setelah keputusan Jemaah Menteri (meluluskan projek LRT), MRT Corporation telah lakukan kerja-kerja teknikal dan mencadangkan sedikit pindaan pelan asal SRS Consortium serta penyambungan (LRT) ke Penang Sentral.
"Mesyuarat terima taklimat itu dan sebagai maklum balas, kerajaan negeri mencadangkan satu bengkel melibatkan pemegang taruh berkaitan diadakan untuk memuktamadkan jajaran kerana ada sedikit pindaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Selamat Hari Raya Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor, di sini, malam tadi.
Chow juga berkata, jajaran itu perlu dimuktamad supaya kerja-kerja lain termasuk pengambilan tanah, memuktamad reka bentuk dan lokasi stesen boleh dilakukan.
Beliau berkata, beberapa jawatankuasa kerja membabitkan kerajaan negeri, MRT Corp dan agensi lain yang berperanan memantau perjalanan projek itu akan dibentuk bagi meneliti perkara-perkara teknikal supaya ia dilaksanakan mengikut jadual.
Chow turut menzahirkan penghargaan kepada MRT Corp atas input yang sangat berharga meliputi pelbagai aspek seperti operasi dan penyelenggaraan, pelaburan kontraktor awal, lintasan jambatan terpendek, depoh bersepadu serta kos projek terendah.
Pada 29 Mac lepas, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dengan MRT Corporation dilantik sebagai pemaju dan pemilik aset.
Perolehan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1 iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kerja-kerja untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2 iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral dan kontrak 'turnkey' kerja-kerja sistem dan gerabak secara bina-selenggara-pindah (BMT).
- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Kon Yeow bercakap pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Jagdeep Singh Deo di Balai Rakyat Jalan Patani, George Town, malam tadi. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
LRT Pulau Pinang: Rundingan dengan kontraktor dalam fasa akhir - Loke
Rundingan dengan pihak kontraktor bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang kini dalam peringkat akhir.
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
MoF, MoT, agensi berkaitan akan bincang model pembiayaan LRT Pulau Pinang - Loke
Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan agensiberkaitan dijangka mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan model pembiayaan projek LRT Pulau Pinang.
Projek LRT Komtar-Bayan Lepas antara projek wajib di Pulau Pinang - Ketua Menteri
Sekalipun sudah beberapa kali kerajaan Persekutuan tolak laksana LRT, kerajaan negeri tidak akan berputus asa kemuka permohonan.
LRT Pulau Pinang: "Dakwaan YB Bagan tidak benar sama sekali" - Tengku Zafrul
Keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman daripada ADB bagi membiayai projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang yang berjumlah RM2 bilion selaras BNM.