awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tidak bercadang laksana Fasa 3 PPN di mukim, daerah tertentu di zon hijau

Bernama
Bernama
25/07/2021
09:40 MYT
Perak tidak bercadang laksana Fasa 3 PPN di mukim, daerah tertentu di zon hijau
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad (hadapan) pada sidang media hari ini selepas melawat ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Lubuk Binjai yang dikenakan PKPD. - Foto BERNAMA
LARUT: Kerajaan Negeri Perak tidak bercadang melaksanakan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mukim atau daerah tertentu, yang berada di kawasan zon hijau.
Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad berkata sekiranya tindakan itu dilakukan, ia memberi kebebasan kepada orang ramai yang berada di zon merah, untuk keluar dan masuk ke kawasan zon hijau.
"Saya tidak fikir tindakan itu baik sebab negeri Perak ini luas dan kita tidak mahu berlakunya penularan jangkitan COVID-19, akibat daripada aktiviti pergerakan keluar dan masuk tersebut.
"Oleh itu, kita tidak berhasrat memberi kebebasan kepada satu daerah atau mukim di zon hijau, tetapi ada tempat-tempat lain masih dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan)," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian di PKPD Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada Perak berhasrat mengusulkan cadangan kepada kerajaan Persekutuan, untuk beralih kepada Fasa Tiga PPN mengikut daerah atau mukim yang berada dalam zon hijau bagi memberi lebih banyak aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#fasa tiga
#Pelan Pemulihan Negara
#PPN
#zon hijau
#Saarani Mohamad
#COVID-19
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan