KUALA LUMPUR: Peralihan kepada agenda hijau perlu dilaksanakan secara berperingkat kerana perubahan secara pesat berpotensi membawa kesan limpahan negatif seperti kehilangan pekerjaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata memandangkan banyak syarikat berusaha untuk mencapai agenda hijau masing-masing, peralihan itu agak memberi ancaman kepada perniagaan dan pekerjaan, khususnya di negara-negara ASEAN.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Asia Tenggara berpotensi kehilangan kira-kira setengah juta pekerjaan dalam bidang bahan api fosil pada 2050, bagaimanapun boleh mewujudkan kira-kira lima juta pekerjaan terutama dalam sektor tenaga boleh baharu, katanya.
"Kehilangan pekerjaan akibat peralihan kepada ekonomi hijau serta kehilangan pekerjaan tidak langsung berkaitan dengan industri ini juga memberi kesan negatif yang besar terhadap pasaran buruh," katanya pada Sidang Kemuncak Kelestarian Bumi Yang Lebih Sejuk 2022 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian dalam sesi panel menteri bertajuk 'Mempercepat Tindakan Iklim dan Keadilan' bersama rakan sejawatan dari Indonesia, Sri Mulyani Indrawati, pada sidang kemuncak itu.
Tengku Zafrul menjadikan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas serta syarikat utiliti utama Tenaga Nasional Bhd (TNB) sebagai contoh dengan memetik inisiatif agenda hijaunya.
Petronas menggaji hampir 50,000 pekerja di seluruh dunia yang kebanyakannya terlibat dalam perniagaan minyak dan gas huluan serta hiliran, katanya.
"Peralihan atau mengubah keseluruhan model perniagaan mereka kepada solar hidrogen contohnya tanpa sebarang pendekatan berperingkat, akan menggantikan sejumlah besar pekerja.
"Ini tidak termasuk ekosistem penuh mereka, terdapat 4,000 vendor dan pembekal yang jelas sekali turut menggaji pekerja mereka sendiri...ini sudah pasti membawa kesan limpahan negatif terhadap ekonomi dan masyarakat tempatan, kawasan yang menjadi tempat operasi mereka, dan sudah tentu industri ini juga," katanya.
Beliau berkata TNB, yang menggaji kira-kira 40,000 pekerja dan mempunyai kira-kira 3,200 vendor yang terlibat dalam perniagaan penjanaan tenaga, setakat ini menukar secara beransur-ansur kira-kira 50 peratus penjanaan tenaga daripada arang batu.
Tengku Zafrul berkata justeru, untuk mengurangkan kesan negatif daripada penamatan arang batu dan hidrokarbon, kerajaan perlu melaksanakan dasar peralihan yang adil untuk penduduk yang terjejas.
"Jadi, terdapat keperluan untuk mengekalkan pekerjaan di kawasan pengeluaran yang menumpukan arang batu atau hidrokarbon, selain penting untuk mengadakan dialog antara kerajaan, pekerja dan majikan di semua peringkat pembangunan dasar, dalam usaha memastikan perlindungan sosial, pemulihan hijau dan pembangunan kemahiran.
"Ini boleh dicapai contohnya melalui pengajaran kemahiran baharu kepada kalangan pekerja dan mengurangkan risiko pekerja terkandas apabila kita beralih kepada ekonomi hijau dan kemudian menunjukkan komitmen asas terhadap hak asasi manusia dengan mengenal pasti dan menguruskan risiko sedemikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Tengku Zafrul berkata, memandangkan banyak syarikat berusaha untuk mencapai agenda hijau, peralihan itu agak memberi ancaman kepada perniagaan dan pekerjaan, khususnya di negara-negara ASEAN. - Gambar fail
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.