KUALA LUMPUR:Anggota keluarga memainkan peranan penting melindungi keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19, selain bertanggungjawab membendung penularan pandemik itu dalam komuniti, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata tanggungjawab dan cabaran keluarga juga makin bertambah dalam meningkatkan penjagaan kesihatan keluarga, memastikan kelangsungan pendidikan anak semasa di rumah, dan penjagaan anak semasa bekerja.
Beliau berkata demikian dalam perutusan pelancaran Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan bertemakan 'Kita Jaga Keluarga' secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini.
Susulan itu beliau berkata Belanjawan 2021 telah memberikan tumpuan khusus kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan rentan yang terjejas dengan pandemik COVID-19, dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited menetapkan visi Malaysia sebagai negara yang mampan, adil, saksama dan inklusif.
"Tema sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada tahun ini, iaitu 'Kita Jaga Keluarga' bertepatan dengan situasi, semasa ketika kita semua sedang menghadapi ancaman COVID-19. Kesan pandemik COVID-19 ke atas negara dan amalan norma baharu telah mengubah kehidupan kita.
"Kerajaan terus berusaha meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif bagi memastikan golongan rentan serta berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara," katanya.
Muhyiddin berharap sambutan itu dapat meningkatkan kesedaran serta komitmen masyarakat dan semua pihak untuk mengukuhkan institusi keluarga, di samping menekankan bahawa kekuatan sesebuah keluarga adalah tonggak utama menjamin kestabilan masyarakat dan keutuhan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan komited melindungi institusi keluarga terkesan COVID-19 dengan memberi pelindungan, sokongan emosi dan khidmat kaunseling bagi membina semula kekuatan keluarga agar lebih cekal dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Jelasnya keluarga terjejas dengan pandemik ini perlu diperkasa dan diberi sokongan bagi memulakan kehidupan baharu dan meneruskan kelangsungan hidup.
Muhyiddin seterusnya memuji sikap mulia rakyat iaitu saling bantu-membantu keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.
"Saya percaya negara mampu bangkit semula selepas ini. Inilah Keluarga Malaysia yang unik dan sentiasa bersama-sama bantu-membantu baik ketika susah atau senang," katanya.
Beliau berkata sistem sokongan yang komprehensif memerlukan penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan orang perseorangan untuk peduli keluarga dan saling membantu keluarga yang memerlukan bantuan.
"Dalam hal ini, saya difahamkan pihak kementerian (KPWKM) menyediakan khidmat sokongan dalam membantu menangani isu tekanan emosi di Talian 15999 secara 24 jam.
"Selain itu, Inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara pula menyediakan Bantuan Khas Ibu Tunggal. Saya percaya bahawa inisiatif ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak dan ahli keluarga," katanya.
Muhyiddin turut mengucapkan taniah kepada KPWKM yang cakna dengan amalan norma baharu dan terus berusaha menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun terdapat kekangan secara fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020
Muhyiddin berkata, keluarga terjejas akibat COVID-19 perlu diperkasa dan diberi sokongan bagi memulakan kehidupan baharu dan meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar fail
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.